Penjelasan Izara Aishah isu pakai baju fesyen seksi di majlis red carpet ABPBH 2017. Pada malam Anugerah Bintang Popular yang berlangsung pada 14 Mei lalu, kini tersebar video rakaman Izara Aishah memakai baju gaya seksi ala Hollywood ketika majlis karpet merah ABPBH. Kami mengikuti siaran secara langsung karpet merah namun gagal menjejaki kelibat Izara Aishah pada malam berkenaan. Namun, kini tular dilaman sosial mendakwa Izara Aishah hadir dengan berpakaian menjolok mata pada malam ABPBH 2017. Untuk info atau makluman terkni, memang benar rakaman video tersebut adalah milik Izara Aishah namun bukan pada majlis ABPBH 2017. Sebaliknya ianya berlaku pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen pada tahun lalu. Izara Aishah yang sekarang sudah insaf dan telah membuat permohonan maaf terbuka di instagram.
Penjelasan Isu Izara Aishah Fesyen Seksi ABPBH 2017
Video dan gambar seksi Izara Aishah bukanlah berlaku di ABPBH 2017 namun ianya disebuah majlis atau acara fesyen pada tahun lalu. Ia memang benar milik Izara Aishah tapi ia berlaku pada tahun lalu.
Izara Aishah Buat Permohonan Maaf Terbuka Di Instagram
Izara Aishah menerusi Instagram telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.
Video Izara Aishah Fesyen Seksi ABPBH 2017 ?
Video seksi Izara Aishah sebenarnya dirakam di sebuah majlis fesyen pada tahun lalu dan bukan berlaku di ABPBH 2017. Namun ianya mula tersebar luas dan mengundang kecaman netizan dilaman sosial.
Gambar Izara Aishah Seksi Sebenarnya Pada Pertunjukan Fesyen Tahun Lalu
Video Izara Aishah Rakaman Tersebar Pada Majlis Fesyen Tahun Lalu