Berikut adalah panduan cara isi borang e-Filling cukai pendapatan LHDN online. Aplilkasi e-Filing LHDNM adalah kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)elektronik melalui Internet yang disediakan secara PERCUMA. Pengguna e-Filing boleh log-in dan menggunakan aplikasi ini dari mana saja setiap hari. Kemudahan ini akan membantu pembayar cukai mengisi, mengira dan menghantar BNCP dengan Mudah, Tepat dan Selamat. Pemprosesan bayaran balik adalah lebih cepat sekiranya BNCP di hantar secara e-Filing.
Cara Mudah Isi Borang e-Filling Online
Isi borang di laman https://e.hasil.gov.my/
Langkah Pertama
1. Sila dapatkan nombor PIN secara online di laman https://spsd.hasil.gov.my/PKI/ReqPinno.html
atau Cara manual Dapatkan nombor PIN adalah di Cawangan LHDNM yang berdekatan. Gunakan nombor PIN untuk daftar sijil digital.
Langkah Kedua
Setelah itu, anda boleh mendapatkan borang secara online. sila klik https://spsd.hasil.gov.my/PKI/userlogin.html
Langkah Ketiga
Masukkan kata laluan yang telah diisi sebelum mengakses borang.
Langkah Keempat
Sila isi semua bahagian borang tersebut dengan lengkap. Pastikan maklumat anda adalah benar. Setelah siap isi borang klik hantar dan pengesahan borang tersebut. Anda sudah selesai.
Ringkas dan mudah. Semoga berjaya
Pendapatan tu bubuh gaji kasar je ke atau gaji bersih tahunan lepas tolak semua potongan pinjaman?
gaji kasar
Hi,
Boleh memohon E pin nombor untuk syarikat melalui on line tak ? Please reply. Thank you
Salam Sejahtera,
Boleh tak sesiapa bagitau bagi bonus, ruang mana yang harus saya isi?