Terkini kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi.

Terkini Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Update Terkini 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.
Update Terkini 4.08 Petang
Identiti dua komando Malaysia maut disahkan. INSP ZULKIFLI MAMAT & SJN SABARUDIN Dari UNIT 69 KOMANDO G/17984 skuad 2/2006″

Update 5.18 Petang
PDRM mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk sekitar Lahad Datu sebagai langkah berwaspada.
Update Terkini 6.56 Petang
Keadaan reda dilaporkan dalam insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu pada petang Jumaat selepas berlakunya kejadian tembakan di kampung Tanduo.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.
Lahad Datu kini berada dalam keadaan terkawal.
Update 9.00 Malam
Saki baki penceroboh yang lain masih lagi berlindung di Kampung Tanduo. Pihak polis kini masih lagi mengepung saki baki penceroboh yang lain. Keadaan ini dijangka berlarutan. Menurut maklumat penduduk tempatan, masih ramai lagi yang sedang berlindung.
Update 2 MAC 2013
Pihak penceroboh Sulu masih tetap berdegil untuk tidak berundur dari Kampung Tanduo sebagai kubu pertahanan mereka. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.
Sementara Itu, jenazah kedua Komando VAT 69 selamat tiba di pangkuan keluarga masing-masing pada tengah hari tadi 2 Mac 2013

Terkini Laporan Kematian Di Semporna Sabah- 2 MAC 2013
Anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna.
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Update 5 MAC 2013- KAMPUNG TANDUO KINI DIGEMPUR

Pada pukul 7 pagi tadi 5 Mac 2013, serangan menggunakan pesawat pejuang telah dimulakan di Kampung Tanduo. Empat kali bunyi dentuman letupan bom kedengaran melalui Felda Desa Kencana. Operasi bom melalui udara dihentikan tengah hari tadi. Kini diikuti dengan gerakan tentera darat dan pasukan keselamatan untuk memulakan operasi pembersihan.
Setakat ini tiada kematian dilaporkan melibatkan Anggota atau pihak keselamatan Malaysia. Laporan kematian penceroboh tidak dapat dipastikan kerana masih dalam operasi.
Update 6 Mac 2013
Seorang penceroboh maut ditembak di Kampung Tanduo pada 6.45 pagi tadi antara pertempuran pihak berkuasa dan penceroboh- Ketua Polis Negara.
Update 5.45 Petang: Bukti mayat 13 anggota pengganas Sulu ditemui dalam operasi Mopping Out pada petang 6 Mac 2013. Perkara ini diumumkan di Sidang media oleh kementerian pertahanan.
Longgokan mayat dipercayai mati pada 1 Mac 2013 lalu (Op Sulu)

Gambar mayat yang ditembak mati pagi tadi 6 Mac 2013

Update 7 Mac 2013: Operasi Masih dijalankan seperti biasa, setakat ini tiada anggota keselamatan terkorban.
Angka Kematian Terkini Penceroboh 7 MAC 2013
Jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Ops Daulat sejak 3 petang tadi seramai 31 orang termasuk ketua kumpulan berpangkat jeneral. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail. Katanya, mereka yang terbunuh di dua lokasi serangan iaitu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, di sini. Jumlah keseluruhan pengganas Sulu yang sudah terbunuh dalam Ops Daulat adalah 52 orang.


Al-Fatihah buat INSP ZULKIFLI MAMAT & SJN SABARUDIN Dari UNIT 69 KOMANDO Yang telah terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu pagi tadi .
Al fatihah …
Al fatihah
Al Fatihah dan takziah kepada keluarganya.
Al Fatihah
al-fatihah
al-fatihah kepada pejuang kita semoga roh mereka di letak sebaris dengan orang yang mati syahid…kepada mereka yang bertugas sekarng kami sentiasa berdiri dan akan berjuang bersama-sama mu untuk pertahankan kedaulatan negara bila di perlukan.
Bagaimana status penceroboh yg lain?…
al fatihah utk pejuang yg trkorban semoga rohnya dicucuri rahamat dan ditempatkn org yg soleh.
apa hal pulak dengan hang ni…bukankah kita sekarang diserang dan diceroboh…maka doakanlah untuk petugas kita. Bukan penceroboh….apa alasan pun depa tu mai nak buat kacau kat negara berdaulat kita. Hang ni banyak makan papadom yang Anwar bagi kot?
takziah buat anggota kita..sedihnya saya……!!!
Malaysia tak suka tembak org…kita sesama islam tak perlu berbunuhan….tapi negara perlu dipertahankan…penceroboh kena hormati malaysia…..buat wira negara yg terkorban salam takziah…SHaid”jalan agama Syurga balasannya….Penceroboh pula Neraka balasanya.
BUAT PARTI POLITIK JANGAN AMABIL KESEMPATAN MENYALAHAKAN KERAJAAN….INI LAH MASANYA KITA BERSATU HATI MEMPERTAHANKAN NEGARA TERCINTA…BIAR IDOLOGI POLITIK BERBEZA TETAPI MEMPERTAHANKAN KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA>
Kepada anggota keselamatan, pertahankanlah kedaulatan bumi malaysia.
terima kasih yang tidak terhingga buat para pejuang kita,, semoga Tuhan menyertai perjuangan kalian para perajurit di lahad datu..kepada yang telah terkorban pengorbanan kamu akan dikenang sebagai pahlawan negara sampai bila-bila SEMOGA roh ditempatkan di tempat orang-orang beriman.. Hidup Malaysia. Kota Kinabalu.. 1.13am
sya amat berduka cita apa mendngar kejadian tembak2 antra pihak keslamatan negara dgn si penganas islam yang bertopengkan yahudi,pm mimang sayangkan rakyatnya,cukup elak supaya tiada pertumpahan darah namun tak dapat d elakan lagi.alang2 mandi biar basah,semangat juangmu pertahanan negara 1malaysia amat mengharapkan,ku doakan agar semua pertahanan negara di lindungi allah taala (amin)jadi saya di sini memohon semua rakan sekomen supaya marilah kita sma2 doakan mereka yang mengadai nyawa mereka demi negara kita juga,bukan pula tamba mencaci atau menghina,tiada apa yg bleh kita bantu kecuali doakan mreka dan bri mreka semangat…..aslmkum?.
tembak jeeee….. dioran tuuuu ….. banyak songel….eksen plk tuuuu
al-fatihah..
pasokan keselamatan teruslah berjuang demi ugama dan tanah air kita yang tercinta..darah kita adalah darah pejuang..gugur kita adalah syuhada..demi anak cucu kita demi rakyat malaysia..demi negara yang tercinta..
terima kasih yang tidak terhingga buat para pejuang kita,, semoga Tuhan menyertai perjuangan kalian para perajurit di lahad datu..kepada yang telah terkorban pengorbanan kamu akan dikenang sebagai pahlawan negara sampai bila-bila SEMOGA roh ditempatkan di tempat orang-orang beriman.. Hidup Malaysia. Kota Kinabalu..
geng di lahad datu mungkin geng abu sayyaf version sultan sulu tapi kami di kedah ada jgak geng abu tp geng abu sanggap (sanggap ketum)
satu peluru satu penceroboh. seorang mati wajib ganti dengan 100 orang penceroboh. jika hendak aman penceroboh mati, abu sayyaf versi 2 kembali beraksi. mau habuan lebih. kemiskinan menyebabkan mereka kufur tak hormat agama sendiri…jumaat dijadikan hari korban. benteras pengedaran syabu dadah berbahaya.
Alfatihah….buat pahlawan kita yang terkorban di Lahad Datu Sabah….Semoga Rohnya ditempatkan dengan orang orang yang Soleh….
al-fatihah bt para pejuang negara yg terkorban dalam perang dilahad datu sabah.ucapan takziah bt kluarga mangsa smoga roh ditempatkan orang2 yg briman…
Ya allah kau lindungilah pejuang-pejuang kami dari segala bahaya.kami isteri-isteri pejuang negara sentiasa berdoa keselamatan suami-suami kami di medan peperangan..ayuh buktikan pada negara kita,bertapa nekatnya semangat mu untuk memperjuangkan keamanan negara yang kini dalam bahaya.pergilah….berjuang,doa isteri-isteri mu sentiasa meniringi mu..dan harapan anak-anak ingin melihat ayahnya kembali dengan kejayaan dan selamat dari segala bahaya.tiada apa yang boleh pisahkan kita kecuali maut.
saya hrap tentera kita tiruslah berjuan.. demi negara kita.. dan tanah melayu kita. kepada anggote kita yang berada di sana. saya harap anda semua akan selamat, kepada anggote kita yang terkobang, roh mereka ditempatkan orang yang beriman. saya mendoakan kepada tentera dan anggote kita akan selamat… dari kuala besut…?????
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berdoa agar pejuang2 dalam keadaan selamat dalam menjalankan tugas dan kita harusah memberi semangat kepada pejuang2 kita untuk segera menumpaskan penceroboh yang tak bertamadun tu.
AL FATIHAH,,..
al-fatihah untuk semua pahlawan negara yang terkorban(islam), dan pada yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara tercinta, sy iringi dengan doa agar anda semua selamat, jasa bakti kalian tetap terukir dalam sejarah negara
Semoga Allah memberi rahmat kepada anggota yang gugur. Saman kepada mereka yang membuat fitnah kepada negara
al fatihah .. harp roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan org2 yg beriman . amin ..
semoga AllaH S.W.T melindungi para pejuang tanah air kita daripada pengganas sulu…AMIN….
Amin…Buat para pejuang kita yang telah meninggal dunia mudah-nudahan mereka ditempatkan di tempat orang2 yang soleh….
pasukan keselamatan kita tak usah brsusah payah nak tangkap penjenayah2 laknatullah ni.kasi tembak mampus saja lagi afdhal biar mereka kenal malaysia negara kita tercinta ni bukan tempat untuk mereka main cuba2 uji kesabaran & keberanian kita. alfatihah khusus untuk para pejuang negara kita telah syahid, amin.
agak@nya mereka la yg selalu culik rakyat kita dulu.. berjuangla wahai permira negara.kami disini sentiasa berdoa supaya kamu tabah menghadapi..segala rintangan …amin
Saya nak penceroboh di sabah di hukum dgn hukuman mating semua seperti mana mereka memotong leher rakyat kita. Alfatihah…
Biar batalion ” pengayau ” dr sarawak memburu pengganas durjana ini. Buru sampai ke lubang cacing dan hukum mereka sepertimana yg mereka lakukan terhadap anggota keselamatan kita. ” Agi Idup Agi ngelaban ” kepada semua anggota ATM dan tentera..
saya berasa bangga apabila tentera baik melawan jahat apabila saya mendengar lahat datu syaa kesihan 8 orang polis mati ditembak jahaat sekian terima kasih patah seribu hati