130 Responses to “Borang Permohonan Skim Pembiayaan Mikro 1Malaysia”

    • nzzam says:

      Saya sudah memohon pada 5 Feb 2013,tapi setelah hampir 2 bulan, apa-apa berita tak dengar,samada lulus atau tidak.Bila pergi ke bank,pegawai kata tak ada lagi kelulusan yang diberi. Katanya kena buat lawatan ketapak perniagaan.Tunggu punya tunggu tak datang juga. Janji permohonan diproses ambil masa 3 hingga 10 hari. Itu kata menteri…..

    • salsiah binti sidek says:

      saya berminat dgn skim pinjaman mikro untuk perniagaan saya ayam goreng uncle bob tapi tak tau cara memohon dan di mana sy nak daftar persatuan perniaga?

    • wan says:

      Setiap kali saya pergi buat pinjaman mesti tak lulus. Paling teruk, para pegawai melayu memandang dan melayan saya seperti tahi, padahal mereka digaji untuk melayan pemohon. Amat hina orang yang berniaga dimata orang melayu yang bekerja kerajaan. mereka tak sedar dahulu orang yang berniagalah seperti saidina abu bakar yang banyak membantu dari segi kewangan untuk mengembangkan islam. Nabi pun berniaga dahulu. Hina sangatkah orang-orang yang mengikuti sunnah Nabi ini?

      • jeff says:

        kita coba nasib beli nombor..memang susah nak meminjam ni..kalu org kafir senang2 aje dpt pinjaman..org melayu ni macam melukut tepi gantang..//

      • apitkedah says:

        aku bukan nak kata apa, tapi sebenarnya aku lagi lah pandang penjawat awam nie macam melukut di tepi gantang. keja jilat bontot boss jaa. dah lah gaji rendah, mindset miskin, tiada kebebasan masa dan kewangan, perangai buruk lagi. huh. walau bukan semua,tapi hampir semua macam tu. malas layan je. hehe

  1. saidatul hidayu binti sazaly says:

    assalamualaikum..

    saya ingin membuat permohonan skim pembiayaan mikro 1malaysia bagi perniagaan bengkel kereta keluarga saya tapi saya tidak tahu cara bagaimana untuk memohon pinjaman ini?boleh pihak tuan/puan bagi tahu maklumatnya?

  2. abdul khalib bin ramli says:

    saya ingin membuat permohonan skim pembiayaan mikro 1 malaysia untuk meningkatkan lagi dan kemudahan pada pelanggan ke syarikat pelancongan saya nama syarikat al walid perhentian Island,saya tidak tahu apa dokumen dan syarat2 pemohonan yg lengkap agar pemohonan pembiayaan di terima..

  3. mssu says:

    Sekadar membantu…

    Kelayakan
    1.Warganegara Malaysia
    2.Tidak mempunyai pinjaman MIKRO KREDIT yang lain.
    3.Berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM).
    4.Tidak melebihi umur 60 tahun.
    5.Menjadi ahli persatuan berdaftar.
    6. Tidak mempunyai pinjaman mikro yg lain.
    7. Blacklist dengan bank juga boleh memohon

    DOKUMEN DIPERLUKAN
    1.Salinan Kad Pengenalan
    2.Daftar peniagaan SSM (aktif lebih 2 tahun)
    3.Surat Sokongan dari Persatuan
    4.Resit pendaftaran/ yuran persatuan ( untuk Ahli Baru)

    • Rosnah Abu Bakar says:

      Salam saya telah membuat permohonan tersebut,borang serta dokument lengkap telah di hantar ke Bank Rakyat pada 8hb feb 2013.saya masih menunggu jawapan dari pihak Bank berkenaan,samaada permohonan saya layak atau pun tidak.boleh kah en membantu saya?

      • sharul says:

        salam,nak tanya,mana nak cari persatuan peniaagaan,saya nak buat pinjaman nie,cume satu data jer lagi tak lengkap iaitu surat sokongan persatuan perniagaan??please bagi tau,mana nak cari persatuan nie,.?

    • sabri says:

      salam pada yg berkenaan,saya nak bertanya saya dah megisi borang dan ape syarat2 yang di minta oleh bank rakrat telah pun saya sediakan,dari awal bulan 3 sampai ke hari ini tidak ada ape2 keputusan langsung yang saya terima sehingga hari ini,yang saya tahu datok sri najib ada megatakan proses pinjaman ini akan megambil masa 5 hari ke10 waktu berkerja,apa bila selesai pehak bank datang ke kedai untuk membuat penilaian,tpi malangnya jangan cakap keputusan lulus atau tidak.pihak bank pun saya tak nampak.di sini saya memohon kepada pehak2 yang berkenan tolong la jangan memberi harapan ape2 sekiranya perkara itu tidah benar,setiap orang ada masalahnya,bukan nya suke2 nak membuat pinjaman tapi ia tentu terlalu memerlukan,,,harapan seseorang 2 bukan nya rendah sebaliknya tinggi….siapa yang tak nak berjaya,tolong la saya nak tau sagat,ape keputusan saya,agar saya tidak mengharap lagi,bantu lah saya kerana sya benar2 memerlukan….

      • linn says:

        sabarlah..kitakn memohon pinjaman sy pun 1.3.13memoham pinjaman tapi baru2ni pihak bank ada call dn dh dtg ambil gambr kedai dn suruh buat buku bank…sy rasa baik awk call bank rakyat tempt awk htr borang tu tanya perkembangan..k jgn marah2 sabar klu ada rezki kita insyallah tuhan permudahkn…sy minta maaf klu sy silap cakap…

        • Nad says:

          Tula, bawak bersabar. Saya tgu bbulan2 jugak. Alhamdulillah semalam dah dapat call & lulus. Dapat tak banyak, sebab ramai yg apply. So dorang agih sorang sikit je. Tapi okla untuk tambah modal saya. Alhamdulillah πŸ™‚

          • Dann says:

            As Salam Nad, sikit je tu berape ek & berniaga area mane?

          • Dani says:

            Assalam, tumpang tanya berapa agihan yg dpt? Nad area mana? Tq

          • linn says:

            sy baru 3 hari dapat alhamdulila…wlupn sy memerlukn modal yg besar utk perniaga ikan segar sy tp bersykur dn berterima kasih kpd Perdana Menteri dn Bank Rakyat kerana meluluskn pinjaman saya..

          • Dann says:

            Tahniah.. Tp benarkah hanya rm3k shj diagihkan spt yg sy ada dengar? πŸ™

      • ferdaus says:

        Perkara-perkara cmni bergantung juga kpd pegawai yg ditugaskan untuk membuat side visit tu. Ada yg responsible dgn tugasan n ada yg jenis cukup bln amik gaji. Usaha kte disini adalah sentiasa follow up dgn pegawai tersebut slalu. Klu leh tiap2 hari pantau ttg permohonan kte tu. Mcm yg sy buat baru-baru ni la. Mmg la rasa bersalah sikit asyik interrupt dia hari-hari..tp itu xmenjadi salah slagi kita bertanya dia time dia keja.

    • Ummi says:

      Boleh dapatkan keterangan lanjut berkenaan
      3.Surat Sokongan dari Persatuan

    • sabahan says:

      Sy warga sabah. Bagaimana pula kami yg tak mmliki SSM, Perniagaan d Sabah spt Enterprise hny brdftr DBKK. Adakah brpeluan gmdptkn pinjamn ini..

    • zali says:

      ye ke blacklist pon bleh memohon? sy yg x blacklist pon dah memohon x dpt apa2 feedback..semua syarat2 dah cukup memang berdaftar ngan persatuan..katanya nk tlg peniaga besarkn perniagaan katanya kalo dpt cme bleh bg rm3000 je..itu pegawai bnk sendiri yg ckp..untung kita nk bg..lgsung x hormat pelanggan..bukannya duit dia, duit kerajaan..modal yg sy perlukan mse tu rm 30k nk buka kdai serbaneka sbb kt tmpat sy ad potensi perniagaan tersebut..tpi janji tiggal jnji mohon sebelum pilihanraya smpai ni x de reply apa2 pon…

    • sarimah awang says:

      salam,saya berminat nk mohon loan mickro kredit masaalah saya,saya blum mendaftar ahli persatuan,cara bagaimana saya ingin mendaftar ahli persatuan perniagaan.

    • jee says:

      maaf ya saya tak faham n jelas menjadi ahli persatuan. .persatuan mcmane? n adakh ni pinjaman dr bank rakyat? tolong pencerahan.

  4. nur amalina husna says:

    Assalamualaikum.. Saya merupakan seorang tukang jahit spenuh masa. Tapi premis saya cuma dirumah. Sbelum nie saya tidak pernah mndaftar perniagaan. Jika saya berminat utk membuat permohonan skim pembiayaan mikro 1 malaysia, bolehkah saya mendaftar lesen perniagaan utk memenuhi syarat. Tp usia lesen perniagaan sy tdk lebih dr 2 tahun. Cuba encik jelaskan.. Terima kasih.

  5. domy hee says:

    saya sudah berniaga selama 2tahun lebih di adika food court keningau adakah saya layak memohon skimm pembiayaan mikro 1 malaysia tolong hantarkan e mail kepada saya sekiranya saya layak memohon

  6. Faizal says:

    saya ingin memajukan lg perniagaan syarikat saya.nama syarikat fz maintanence & services membuat perniagaan membaikpulih bangunan pejabat,,,masaalahnya saya sering kehabisan modal,maklumla kadang2 bayaran dibuat hampir 3 bulan,membuatkan saya susah utk membuat pusingan,adakah syarikat saya layak membuat pinjaman ini..mcna ingin memohon?

  7. nzzam says:

    Saya sudah memohon pada 5 Feb 2013,tapi setelah hampir 2 bulan, apa-apa berita tak dengar,samada lulus atau tidak.Bila pergi ke bank,pegawai kata tak ada lagi kelulusan yang diberi. Katanya kena buat lawatan ketapak perniagaan.Tunggu punya tunggu tak datang juga. Janji permohonan diproses ambil masa 3 hingga 10 hari. Itu kata menteri…..

  8. lydiana says:

    saya pun dah hantar borang ke bank rakyat,pegawai bank kata paling cepat 1 minggu dan paling lambat 2 minggu untuk tahu. sama ada lulus or gagal. dah nak 2 bulan saya tunggu, saya call ke cawangan bank rakyat,pegawai kata DANA pertama dah habis, skrg nak tunggu DANA dari pihak kerajaan je,apakah betul DANA habis??? kalau betul…kepada pihak kerajaan percepatkanlah DANA,

  9. razhmid says:

    masa pelancaran YB Menteri beria kata pinjaman ini cepat mudah dan mampu membantu golongan peniaga dan penjaja tapi cakap tak serupa bikin, roadshow cari publisiti murahan. borang permohonan dah hantar tunggu sebulan baru pihak bank buat lawatan dan kini sudah hampir dua bulan, bila tanya tunggu peruntukkan. Apa ni YB, ini ke yang dikatakan membantu……………

    • Nad says:

      Bukan 2-3 orang je mintak pinjaman tu wak. Ramai sgt. Termasuk saya. Saya baru dapat call, pihak bank nak datang tengok barang niaga. Insyallah ada rezeki dapatlah. Rezeki tu datang dari Allah jugak. kalau takde tu, Dia tak bagi la tu. Mungkin rezeki kat benda lain. Cuba positif skit. Yg dorang kata pinjaman ni cepat (10 hari), saya rasa maksud dorang kalau mmg kita dah betul2 layak&boleh dapat pinjaman tu, prosesnya cepatla 10hari je. Agaknye la. Positif!;)

      • nzzam says:

        Kalau terjun dari dari kapal terbang tanpa payung terjun apa akan jadi jikalau kita berfikiran positif ?????? Adakah kita selamat…
        Jadi kita kena berusaha dan kemudian berfikiran positif. Tapi menteri yang berjanji 5-10 hari kelulusan itu ada dia cakap sedap mulut sahaja.

        • wann says:

          btol tu,saya pun apply,diorang dah visit kedai,bila saya call tanya status,pegawai bank cakap dana habis,saya tanya balik,kalau dana dah habis nape masih terima pemohonan??dia jawap,sbb arahan dari pihak atasan…siau la kerajaan….

        • Nad says:

          Awk apply kan? Dah isi borang sana sini, kejar sana sini. Tu dah usaha dah tu. Kite ni kan memohon pinjaman. Nama pun pemohon. Bukan kite sorang je yang mintak wak. Rileks ler. Alhamdulillah semalam saya dapat call & dah sign aggrement dah. Jgn kelam kabut, Allah bersama sangkaan kita. Bersangka baik je. Saya doakan awk dan lain2 lulus jugak. Amin

  10. ella says:

    salam 1malaysia..saya ada apply dekat bank sebelum ni..tapi lebih menyedihkan kata nak tolong peniaga..bila saya nak dapatkn surat sokongan pun persatuan peniaga blh mintak rm250.
    mcmana nie..ni nak tindas peniaga nmpknya..nak luluskan x perlu la prosedur yg menyusahkn para peniaga..tu kalau dh bayar blm tentu lulusnya silap hari bulan lulusnya tidak duitnya dh terbang kemana…susah betul la punjaman bank ni..

  11. nzzam says:

    Ada sesiapa yang pinjaman diluluskan ? Kalau sudah diluluskan, Bank cawangan mana ? Nak tahu sahaja samada bank yang lambat proses atau dana dah habis seperti komen diatas.

  12. jebat says:

    Sy dah byk Kali buat pinjaman tp 1 pun x pnah dpt.semua mcm pilih bulu j nk lulus.pandang mcm x wujud.tahniahlah buat keje mcm tu,Ms dpn melayu mankin layu.salah bangsa sndri.sakit hati agaknye tgk melayu maju,mundur k,trgolek blh jd bahan contoh,,”haa nilah melayu”.mintak2 adalah Insan ikhlas jujur nk Bantu bangsa,agama.Allah sy yg balas jasanye.

    • Nad says:

      Itu namanya takde rezeki. Macam mana melayu nak maju kalau nak negatif je pemikiran tu. Jangan harapkan orang, tapi harapkan Allah bantu. Doa banyak2, mintak kat Allah permudahkan. Insyallah murah rezeki. Jgn sangka buruk πŸ™‚ Positif! Baru melayu berjayaaa. πŸ˜‰

  13. azzz says:

    Saya pun dah hantar semua dokumen kat bank rakyat,lama dah.minggu lepas saya telefon pihak bank berkenaan permohonan saya tapi jawapan amat mengecewakan.permohonan saya belum lagi diproses kerana permohonan untuk bulan januari baru diluluskan pada awal bulan 4,bermakna pihak bank mengambil masa 3hingga 4 bulan untuk meluluskan permohonan tersebut.mengapa ambil masa sampai berbulan-bulan sedangkan PM umumkan hanya 5hingga 10 hari sahaja.kerajaan telah beri peruntukkan berjuta-juta bagi memudahkan kami menambah perniagaan tapi semuanya tak semudah yang disangka,menyusahkan dan memberi masalah pada kami yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk memajukan perniaagaan.seolah-olah pihak bank sengaja melambatkan proses permohonan dan memandang rendah perniagaan kami sedangkan duit peruntukkan itu datangnya dari kerajaan.

  14. ella says:

    kalau x de surat sokongan daripada persatuan peniaga lagi bagus sebab persatuan peniaga pun kadang kadang ambil kesempatan keatas peniaga.saya nak apply pun susah sebab nk sediakan rm250,kalau dh lulus baru byr ok la jgk sebab benda ni x pasti lulus atau tak…adui masalah betul la kerajaan nie.
    buat la procedure yg mudah sikit..nmpk mcm mudah tapi semua pakai duit baru blh settle

  15. siti says:

    Macam mana nak daftar persatuan?.kat mana nak daftar dan berapa nak bayar.

  16. NURUL says:

    Sya baru sje nk submit dokumen, tapi rasa down plak bila dgr mcm2 komen yg negatif. katanya dlm surat khabar dana 50 juta..Sama-sama kita berdoa smga permohanan semua diluluskan dan berjalan lancar. kadang2 isu-isu mcm ni xtau nk rujuk saper..bila tanya bank..katanya kerajaan xde dana..kalaulah ada saluran yang boleh meluahkan masalah kitakan bagus..

  17. jamilah says:

    Kami nak bagitau ni….kalau kerajaan nak bagi gula gula tu jgn lah sedap mulut jer
    Dalam berita kata pinjaman akan proses cepat, pinjaman micro….tapi bajet sikit2
    Kalau nak tolong, peniaga dn penjaja ni adalah mewakili mjoriti pengundi,
    Kesian kita sume kena tipu, dah tiga bulan hantar, peg bank bagitau, sume dah sip,
    Bajet tak de, rupanya kita sume kena tipu jer,,,,nak pancing undi….tak,payah lah
    Tak de mkna nak tlg peniaga n penjaja kecil ni, menteri menteri nampak sume yg
    besar jer,,,,kita yg niaga tepi jalan ni, mcm samph jer….

  18. raina helmy says:

    Salam 1 malaysia. .sye pin ad wt prmohonan ni…Alhmdulillh bru td pgawai bank rakyat cll nk dtang kdai…lme gak tnggu ad 2 bln..sye ad g bank rakyat hr tu dn dorng pon ckp dana prtama dh hbis..kne tnggu bln 5 atau bln 6…ap2 pon kne bnyk bsabar..nme gak pmohon kn…..

  19. nzzam says:

    Sekadar berkongsi pengalaman.Saya pohon pada awal bulan Febuari setelah dana 50juta diumum oleh kerajaan.Saya follow up dgn bank rakyat selepas 10 hari bekerja kerana menteri kata kelulusan mengambil masa 5-10 hari. Jawapan dari pegawai bank,mengikut permohonan diterima melalui 144 cawangan bank rakyat, dana itu x cukup. 50j itu bank rakyat di Kl pun dah boleh habis katanya. Sebab itu kena tunggu dana kedua. Saya tunggu pengumuman PM. Akhir bulan Mac PM umum dana 100juta untuk panjaja kecil di Janji Ditepati di Pahang. Katanya 50j untuk tahun ini dan 50juta untk tahun hadapan( boleh check ucapan di youtube)tapi x clear samada 50j yg diumum di Pahang itu sama dana yg diumum pada awalnya atau dana sudah jadi 150j. Ini saya x dapat pastikan kerana tiada ulasan dari menteri atau pihak bank pun tak berani komen sebab duit tak nampak lagi. Boleh dikatakan setiap minggu saya talipon bank dan 2 minggu sekali pergi bank follow up. Minggu lepas saya pergi bank, pegawai kata permohonan sudah ditutup. Siapa mohon dulu akan dapat cuma siapa yg sedia menu 1 Malaysia diberi keutaman walaupun mohon lambat.Dan ada pinjaman diluluskan mengikut had yg mereka tetapkan bukan yg kita pohon. Saya punya permohonan pun masih belum tahu lagi. Insyallah minggu depan sya nak pergi bank follow up lagi.

  20. suara rakyat says:

    sy dah lama apply tp smpi skrg x jawapan.rasanya mau pancing undi je kerajaan ni..ni ka li la tukar…

  21. alya says:

    Kenapalh nasib jd mcm nie.. Berbulan2 sudah menunggu sampai skrg xda jawapan.. Kt peniaga2 kecil btl2 berharap pd pembiayaan nie.. Cepatnya Dana 50juta habis sdgkn ikut pd mata kasar sy, ramai lg yg belum dpt walau lbh awl memohon dr yg lain dan msh ada lg permohonan yg sampai skrg xda jawapan,xtau ape kesudahan.. Mcm mana peniaga2 melayu nk pergi jauh, nk maju, kalau mcm nie lh gayanya..?? Pihak bank tlg jgn mkn gaji buta.. Berapa lama lg kami nk tunggu..??????

    • ct says:

      sabar cik..kerajaan memperuntukkan hanya 50juta. memg jumlah yg besar.. tapi kalau seorang buat pinjaman 10000 kalau 1000 orang? dah berapa? andainya permohonan di luluskan seramai 5000org dengan pinjaman yg byk. jadi apa yang kita perlu buat sabar dan bersabar.

  22. ilham says:

    Assalamualaikum.. Kepada pihak yang berkenaan.. Saya ada memohon pinjaman mikro ini juga.
    Saya amat risau bila mendengar keluhan sahabat saya yang pnjaman beliau hanya diluluskan hanya rm 3 ribu shj sdgkan beliau memohon dalam jumlah yang banyak.
    Beliau merungut kerana duit yg diluluskan amat tdk mencukupi untuk pusingan modal.
    Sebenarnya jika bank luluskan terlalu sedikit apa maknanya bantuan pnjaman ini pada peniaga..akan lebih mengecewakan peniaga itu sendiri.
    Kerana setiap jumlah yg dipohon itu telah diambil kira oleh peniaga tersebut untuk menampung segala kos perniagaan nanti.
    Peluang untuk gagal dalam perniagaan adalah tinggi jika modal tdk mencukupi..
    Berilah peluang dan kepercayaan pada kami peniaga yg kecil ni jika benar kerajaan ambil berat pada kami dn rakyat..
    Luskanlah pinjqman kami dan berilah jumlah wang yang kami mohon tersebut..
    Jangan kecewakan harapan peniaga dan rakyat seperti kami..ramai diantara kami menganggap ini semua adalah gimik pilihanraya..
    Jika sebelum pilihanraya permohonan tdk diluluskan saya amat khuatir jika peniaga2 ini akan menganggap permohonan mereka tlah gagal dan akan beralih arah pada pembangkang .
    Satu kesilapan jika kerajaan memberikan harapan pada rakyat disaat genting seperti ini dan mengecewakan harapan mereka setelah itu.
    Lebih baik jangan beri harapan langsung jika tidak mampu untuk kotakan janji kerana rakyat tdk akan marah pd kerajaan dn keputusan pd pru ni akan positif pd kerajaan tp kini sudah terlambat jika janji2 tidak ditepati sebelum pru ni maka akan memberi kesan buruk pada undian akan memihak pada pakatan rakyat.
    RAKYAT SAYANGKAN KERAJAAN YANG DAPAT MEMBANTU RAKYAT DAN SEGALA JANJI DITEPATI.
    RAKYAT AKAN SETIA PADA KERAJAAN YANG MENUNAIKAN JANJI.
    RAKYAT AKAN MARAH JIKA HARAPAN MEREKA DIHANCURKAN.

    • nzzam says:

      Saya rasa pihak bank tidak bersalah dalam hal ini,Bank mempunyai pengalaman dlm memproses permohonan pinjaman,peniaga kecil bukan handak pinjaman berbillion utk mengambil masa 3 bulan utk proses permohonan ini.Cuma pihak bank terikat dgn kerajaan utk meluluskan atau tidak. Jika dana sudah habis beritahu pemohon pinjaman ini. Tidak perlu kami ternanti-nanti. PRU hanya tinggal lgi 1 minggu. Betul apa yg dikata oh En Ilham.Dibawah adalah petikan dari KOSMO pada 28/3/2013

      RM150 juta pembiayaan mikro tanpa faedah
      28/03/2013 6:20pm

      ALOR SETAR – Kerajaan memperuntukkan RM150 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa faedah bagi membantu golongan penjaja dan peniaga kecil menambah modal perniagaan dalam tempoh tiga tahun mulai tahun ini.

      Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lebih 3,000 penjaja dan peniaga kecil memperoleh pinjaman itu yang berjumlah daripada RM1,000 hingga RM50,000 sejak ditawarkan Januari lalu.

      ”Lebih 17,000 permohonan diterima bagi pinjaman tersebut setelah peruntukan dana khas berjumlah RM50 juta itu diluluskan. Sambutan sangat mengalakkan kerana ia merupakan pinjaman tanpa faedah.

      ”Dalam usaha memberikan lebih banyak pinjaman kepada golongan terbabit, Perdana Menteri pada minggu lepas telah mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi tahun 2014 dan 2015,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek Pembangunan Semula Pekan Rabu di Dataran Che Det di sini hari ini yang menerima peruntukan RM55.58 daripada Kerajaan Persekutuan. – KOSMO

      Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz2RXG6b5js
      Hakcipta terpelihara

      • ilham says:

        saya setuju dgn en nzzam.
        Peniaga kecil seperti kami ni bknya minta berbilion ringgit malah tidak mencecah angka ratusan ribu pn.
        Elok lah kiranya pihak yang terlibat segera meluluskan pinjaman kami ini.
        Demi kebaikan bersama dan demi menambah sokongan dn kepercayaan rakyat dn diharap janganlah menyukarkan lagi proses pinjaman tersebut dengan pelbagai syarat yang mustahil dari segi bank statement dn sbgainya kerana jika kami mempunyai mdal yang banyak sudah tentulah kami tdk membuat pnjaman ini.
        Sekian trimakasih.

  23. mimi says:

    salam buat semua, sekadar nak beri nasihat saja. jangan terlampau mengharap sangat dengan janji janji kosong ni/gula-gula menteri ni . mula janji beri pinjaman rm50k,kemudian turun rm10k,turun lagi rm5k,turun lagi arm3k.tapi sampai skarang apa pun tak nampak. macam macam alasan dicari untuk elak kelulusan pinjaman ni. mula kata blacklist pun boleh apply asalkan ada dokumen dan lengkap semua . (ada kedai, ada ssm, menjalankan perniagaan sepenuh masa , ada surat sokongan persatuan dan lain lain lagi)tapi kesudahannya masih bagi alasan blacklist dengan bank rakyat tak boleh pula. memangnya bank rakyat ni penipu besar ikut telunjuk orang atasan saja .sekadar manis mulut saja.So lepas ni tak tahu lah apa lagi yang diminta supaya orang ramai jadi malas nak berurusan lagi. harap fikir-fikirkan lah pekara ni jangan sampai tetipu dengan bank penipu no 1 malaysia.INI KALILA…INI KALILA…INI KALILA

  24. Adli says:

    Lepas 2 bulan baru agen Bank Rakyat damansara Utama datang ke rumah utk mengambil gambar kerana perniagaan sy di rumah. Tetapi dukacita hanay RM3000 sahaja yg akan diluluskan. Janji RM10000 dlm mase 10 hari. Ape masalah Bank Rakyat ni? Kalau dah tak cukup dana minta jelah dgn Kerajaan supaya Janji Ditepati..

  25. liss says:

    saya dalam proses memohon tpi pening sbb tak tau mna nak cari tempat persatuan perniaga kecil. Syaratnya perlu jadi ahli. Google pn tak ada lokasi tya orang siapa pn tak tau.

  26. liss says:

    Sya juga telah memohon dan 3K sahaja yang di luluskan. Yang mejadi masaalah nya perlu menjadi AHLI persatuan peniaga kecil. Lokasi pu saya cari tak jumpa, kata di pertama komplaks tanya orang di sana siapa pn tak tahu. Google FB jer yang ada tu pn tuk LIKE pya. la LIKE cfirm ahli ok laa. Ada siapa yang tau boleh tolong beritahu.

  27. nur qaseh says:

    salam….bekenaan dgn pinjaman micro ni…sy pn ade wt jga…dh lme tggu…tp ape pn xde…sedih rase mnunggu seperti buah x gugur…bnyk kali call bnk rakyat d daerah mersing tp jawapan nye akan dtg tempat berniaga…tp xdtg pn…janji tinggal janji….

  28. shida says:

    salam..
    untuk info. Pinjaman yg diberi hanya rm3000 menurut org dlm bank sndiri walaupun di war-warkan sehingga 50k Dengan alasan terlalu ramai yang memohon.So, jangan terlalu mengharap lulus hingga 50k.

  29. jeff says:

    saya ada juga memohon pinjaman mikro dari bank rakyat, semua dokumen saya dah arrange beri kat pegawai, tunggu dia datang untuk ambil gambar premis terpaksa call pihak bank banyak kali baru lepas 1 bulan dia datang unuk ambil gambar, sekarang ni dah dekat 2 bulan tetapi belum ada apa-apa reply dari pihak bank rakyat. Saya amat dukacita dengan janji yang tertera di dokumen pinjaman yang ditulis masa proses 5-10 hari. Mengapa tak berterus terang sahaja akan mengambil masa 2 bulan untuk proses?…orang susah selalu berharap, tetapi kerajaan x faham hati orang susah…….

  30. Mustone says:

    Saya mula mohon pada bln march 2013.
    Kronologinya…
    1.pada bln 4 baru pihak bank call katanya nak tengok kedai.
    Ok kedai pun dah diambil gambar kena tunggu sblm pilihanraya katanya.
    2.2 hari selepas pilihanraya pihak bank call katanya hanya 3k aje yg approved.ramai benar yg mohon.oklah aku terima aje 3k.
    3.terima lagi panggilan dari bank suruh buka account di bank rakyat
    secepat mungkin.aku rasa gembira sebab dah buka buku bank dgn bayaran
    Rm 50.duit masih tak dpt lagi.
    4.call bank lagi selepas 1 minggu tanya pasal loan tu.bank cakap
    Dlm proses lagi….hati dah mula tak sedap rasanya.
    5.minggu lps ada pergi bank negara nak check ccris report..
    Rupanya pemohonan ni melalui ccris record.pemohonan saya dlm
    pertimbangan bank negara.
    6.So sesiapa yg nama dia tak clear dkt ccris report tak payah berharap
    sangat dgn pemohonan mikro ni.garenti tak lulus.walaupun pada mulanya
    mereka kat pinjaman ni di kecualikan semakan dari ccris record dan ctos.

    Ini saja yg saya dpt kongsi.

    Pinjaman hanya untuk memancing undi pilihanraya.

  31. jebon says:

    Kasihan btul dgn luahan rakyat mcm ni. Dr atas smpai bwh
    Semua sy kesian. Kenapa bumi ini diperintah oleh segolongan
    Manusia yg tidak berupaya dan lemah dlm pentadbiran. Hanya
    Berjanji itu ini utk survival kekal berkuasa.

  32. jebon says:

    Lain kali ubah… Jgn dok bg dah puak terbuang tu terus berjanji dekat2 nak pru lg ham ka cannn.

    • Mummy Damansara says:

      Jgn cepat melenting. Kalau tak dapat, tu sebab tak de rezeki. Jgn cepat putus asa. lain kali cuba lagi.

      Nanti dapat BR1M 3 … settle semua masalah.

      Gomen ada program transformasi. Macam-2 faedah utk rakyat. Jgn dengar sesetengah pihak yg asyik buat bising suruh TUKAR lah …UBAH lah… Itu semua x berfaedah.

      Sabo ye… tak lama lagi gomen bagi BR1M3. Mesti semua happy.

  33. shariff says:

    aslm…
    pngikut pengiraan saya tntang komen dari atas smpai ke bwah,98% drpd pminjam tdak brpuas hati dgn pnjaman trsebut dn hampir kesemuanya tidak dpat satu sen pun dri pnjaman…ape kate kita wat satu prsatuan utk mminta hak kita ini? apemacam?

  34. annuar91 says:

    Sy org mlke..bru nk blaja bniage jual bju..ley tlg sy dpt kn pnjaman x

  35. annuar91 says:

    Skrg sy perlu modal bwah 3k..sy perlu sngt..fmly pn xdpt pnjm kn tuk buat modal bniage..mne sy nk buat pnjaman pt sblom blan pose ni ea??sy bniage pn tumpag kdai kwan ni..

  36. Amiey Noor Fazreena says:

    Sy memerlukan tambahan modal…segera sblm bln puasa…

  37. qamar says:

    salam, sy nak cari lg 4 org utk group sy,siapa yg nak buat pinjaman mikro ni ,secepat mungkin..hubungi saya 011-12372712..klang sahaja..

  38. sky says:

    setelah permohonan dibuat dan diluluskan, apakah tempoh masa yang akan dibagi untuk membayar pinjaman ini?

  39. princess says:

    salam , sy ingin memohon pinjaman utk buka kedai jamu/produk kecantikkan .. macam mne sy nk mohon ?? sy pernah call bank rakyat tp mereke kte xd pinjaman .. minta tolong beri kerjasama ye .. terima kasih

  40. sufi says:

    assalam.nk tny cara pembayaran balik pinjaman mikro kredit bank rakyat.bayar di kaunter ke mcm mn?bayaran ikut bulan kan?

  41. erin says:

    Sy brminat nak buat pinjaman uk bisnes spa sy…sy cuma tidak ada lesen persatuan penjaja,ssm sy ada….masih perlu ke sy amek lesen penjaja utk memohon I mikro ni..:-)

  42. roslan says:

    saya berminat utk skim ini.
    tpi tidak tahu bagaimana utk apply
    saya harap dpt membantu utk meluaskn
    perniagaan saya..

  43. shahidanelektrik says:

    saya amat berminat dgn skim ini tapi saya nk lebih detail cara nk membuat pinjaman supaya saya tahu apa yg pihak berkenanaan mahukan.

  44. Asallamualaikum nak jadi ahli mcm tlg detail lagi saya mahu buat pinjaman

  45. ladies & guys says:

    saya cuma nak bg tau sume kt sni buat pinjaman mikro dgn agro bank lg senang.stakat 20k tu senang je dapat.tp lebih dr 20k perlu penjamin..xperlu daftar penjaja.loan proses cepat..kedAI beroperasi mesti lebih 7 bulan.sekadar ingin membantu..

  46. ladies & guys says:

    slamat berjaya

  47. buat loan mikro dgn agro bank lg mudah.proses cepat xperlu daftar penjaja,premis beroperasi msti lbih 7 bulan,20k tu insyaallah senang je dapt,lebih 20k msti ada penjamin.cubalah saudara saudari semua.kita berniaga ni kna berani masuk semua loan kt bank,jgn putus asa…slamat maju jaya

  48. syahir says:

    contact person xde ke…?

  49. annurul bookstorm says:

    aku tgk mmber2 aku yg dapat loan mikro ni semua kena pakai kabel org dalam bank rakyat.
    n org bank rakyat tu plak kena kamceng dgn org kuat persatuan penjaja.
    n org kuat persatuan penjaja plak kena kamceng dgn org kuat umno.
    semua kena kabel. hampeh!

  50. Darwish says:

    Aslm…abang saya pernah buat loan mikro sebanyak RM40,00 utk projek itik di kg..tetapi projek bungkus kerana masalah itik byk mati.Saya bekerja kerajaan dan nama saya ada dlm agreement utk support pinjaman suami yg tiada slip gaji..adakah saya boleh di blacklist kan jika tak bayar kena projek tak jalan?

  51. Abd. Hamid b. Hj Ramli says:

    Salam…

    Ada tak lagi peruntukan pinjaman kredit mikro 1 Malaysia Bank Rakyat bagi tahun 2014,saya harap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk kepastian dng pinjaman tsb,untuk makluman pihak tuan tahun 2013 bulan April saya telah membuat pinjaman tsb dan borang permohonan saya telah lengkap sepenuhnya tetapi pihak Bank Rakyat Cawangan Bertam Perdana Kepala Batas mengatakan borang saya tak di terima, sedangkan saya telah hantar ke cawangan tsb,dan jawapan dari Pegawai Bank Rakyat mengatakan peruntukan kredit Mikro bagi cawangan Bertam Perdana Kepala Batas, Sbg. Perai Utara telah habis (2013),dan bolih kah saya buat permohonan pinjaman untuk tahun ini?

  52. syahputra says:

    Pancing undi je.. Politik semata2

  53. own says:

    bank rakyat.. utk permohonan tutup akaun n amik blik saham milik saya sendiri.. pihak bank layan x layan.. muka ketat.. belum lagi pinjam.

  54. amirull fikry says:

    salam, sy nk tanya.. macam mana hendak mendaftar bazaar 1 malaysia ini??

  55. Shafiq says:

    Susahnya nak dapat bantuan pinjaman perniagaan. Kempen supaya jadi usahawan banyak tapi usaha nak dapatkan bantuan pinjaman untuk berniaga pun susah. Pegi SME bank ada dana untuk belia tapi minta cagaran 10,000 pula?

  56. jamaiyah says:

    Sy nak tnye kenape cakap pinjaman untuk peniaga2 kecil mudah.tapi ramai kwn2 sy ckp susah nk lulus kat bank rakyat.sy niaga blm buat loan bank tp skrng sy berhasrat nk besarkn perniagaan modal kurang boleh kah pihak bank chek name sy layak tau x.sy berniaga pakaian,kecantikan,tudung

  57. jafree says:

    saya orang palig awal hantaq borang.bila pm umum kan dana mikro 1M saya terus p bank dapatkan brg, lepas tiga hari semua dukument lengkap saya terus hantaq masa tu org x ramai lagi,cakap 5-10 hari shj bila call bank belum sampai giliran 5x call jawapan yg sama je sampai meluat,pihak bank langsung x call atau dtng melawat tak ada tindak balas langsung sampai saya lupa hari ni baru saya teringat dah 2 tahun dah,saya perlu uruskan perniagaan saya jd x ada bnyk masa nak fikir yg remeh temeh tp modal pusingan perlu juga utk meluaskan perniagaan

  58. jafree says:

    ada lagi pekara yg nak dikongsi,selepas buat permohonan kat bank lebih kurang dlm 4 atau 6 bulan saya ada terima call dari beberapa agent along dng sedikit maklumat tentang saya mereka membuat tawaran modal perniagaan ,sepanjang hidup saya x pernah along call saya utk sebarang tawaran, adakah dalam masa sama pegawai bank menjadi agent along,ada pernah kwn didatang agent along buat tawaran pinjaman dng maklumat d tangan mereka tp bukan urusan di bank tp kedai mamak tp dng bijak sana kwn dia syak sesuatu yg x kena, dia terus call bank tanya status pemohonan jawapan belun diluluskan.

  59. azfar says:

    Saya dh pohon tahun 2012 lg tp sampai sekarang x ada feedback apa2 lg…kalau cina apply laju plak pihak bank ambik tahu tp bila melayu haram x nampak batang hidung!!! Macam nie lh bank Kat Malaysia..bkn yg pihak atas xnk membantu tp yang bawah nie buat lembu kenyang jer…sbb tu pekerja bank ramai yg buncit sbb x buat kerja yg telah diamanahkn…kalau x lulus bgtaw jer Kat pemohon…nie x,sng jer jawab dlm proses…proses aper???proses taik hidung dia org….saya tgk org yg apply ramai sngt tp last2 skali snyp jer….kaum melayu yg ditindas oleh kaum nyer sendiri….beginilh kesudahan org melayu….

    • kasmawati says:

      kami area sabah,sandakan permohonan mmg hnya b’ari shja ttpi yg tdak puas at tempoh yg bank rkyat bgi tuk byr pnjman amatlah singkat pnjam bln 7 byar bln 9 mn nah dpt untg scpt tu . .pdhal krjaan bgi tmpoh 5-9 tahun tuk buat pmbyran . .

  60. kasmawati says:

    salam semua saya dah dpt pnjaman bank rakyat time puasa ari tu n spttutnya krjaan bgi kta tempoh pmbyaran 5-9 tahun tp mslh nya pihak bank dah nak mnta byran 1 bln slpas pnjaman keluar . ada dpt untung cpat kah kita ni trus nak byar??heran kan bgi pnjam bkn nak tlng pniaga tpi myusahkan pniaga adalah.

  61. ryzal says:

    jalan cerita sama macam PUNB,TEKUN jer……
    buat aku malas nak mohon dah….
    bank pom sama gak…..
    cerita ekonomi malaysia tenat jer kalau jumpa maneger dia…

    ahlong pom satu hal…. bunga belipat ganda…

  62. marry barry says:

    Saya Mary Berry dengan nama. Saya tinggal di negeri yang bersatu, saya ingin menggunakan ini
    medium untuk memberi amaran kepada semua pencari pinjaman perlu berhati-hati kerana terdapat
    penipu everywhere.Few bulan yang lalu saya dari segi kewangan tegang, dan kerana
    untuk keadaan terdesak, saya telah scammed oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. saya
    hampir kehilangan harapan sehingga kawan saya merujuk saya kepada yang sangat dipercayai
    pemberi pinjaman dipanggil Encik Leo Scott yang memberi saya pinjaman tidak bercagar R685,000
    bawah 2hours tanpa sebarang tekanan. Jika anda memerlukan apa-apa jenis
    pinjaman hubungi dia sekarang melalui: leoscottprivatefinancecompany@gmail.com saya menggunakan
    medium ini untuk memberi amaran kepada semua pencari pinjaman kerana neraka yang saya lulus
    melalui di tangan orang-orang peminjam penipuan. Dan saya tidak mahu
    walaupun musuh saya untuk melalui neraka seperti ini yang saya melalui di
    tangan orang-orang pemberi pinjaman dalam talian penipuan, saya juga akan mahu anda untuk membantu
    saya memberikan maklumat ini kepada orang lain yang juga memerlukan pinjaman sekali
    anda juga telah menerima pinjaman anda dari Puan Leo Scott, saya berdoa kepada Allah yang
    akan memberikan hidup yang panjang itu.

    Tuhan memberkati dia selama-lamanya.

    Mary Berry

    • halim says:

      Sy ingin memohon pjaman peniagaan utk meneruskan pniagaan sy kerana kekurangan modal sudah puas sy mcari tpi tidak dibntu oleh mane2 intitusi kewangan di malaysia,, sy ingin truskn pniagaan sy harap ada yg sudi bntu sy,, tq halim 0142930767. ?

  63. marina ab.samad says:

    Saya menjalankan perniagaan barang runcit,burung puyuh dan jualan langsung(cosway,latina dan oli).musim perayaan ada menjual kerepek dan kuih raya.masalah pada saya adalah modal pusingan.saya baru saja buat ssm.tp tak tahu macam mana nak mohan pinjaman.ini pun teman saya yg cadangkan.andai ada ruang dan peluang haraf dapatlah kiranya menghubungi saya.terima kasih.

  64. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya org mcm sy yang baru nak berniaga vending machine macam mana?. Senang kata baru nak bertapak..
    Adakah akan d bantu

  65. divine joan says:

    Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, Joan Ilahi pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (freedomhometrusth@gmail.com)

  66. emi says:

    salam satu malaysia ingin bertanya sesuatu saya nak membuat permohonan pinjaman.saya dah buka store penjualan pakaian terpakai (bundle) ada tak sesiapa boleh membantu saya untuk memperkembang kan peniagaan saya.macam mana saya boleh memperolehi pinjaman yang secepat mungkin.boleh bantu saya tuan2 dan puan2.

  67. Aznan says:

    Sy Nk bt sgt pinjaman ni..Tlg Sy so yg sudi Tlg…Sy meniaga butik pengantin secara kecilan Skrg Sy Nk besarkan..Sbb custemor Skrg tgk yg gah2 jer.yg kecik2 ni pandang mata je..Sy nekad Nk terus kan perniagaan ini Tp x der modal

  68. norhasrul safwan says:

    dulu pernah terfikir nk buat loan..nk cuba buat bisnes…cube ikut sunnah nabi…lepas mohon..ape jwapan pn xdpt..alhamdulillah.tuhan masih syg kan hambanya….rakan sya memperkenalkan bisnes telco yg hnya bermodalkan rm100.buat duit dengan handphone..selama beberapa bulan berkat usaha…dpt la jugak jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan…so bulan2 sye da perlu byar loan balik….rakan2 yg alami masalah loan…nk cube2 bisnes…boleh contact saya…modal pn sangat rendah…insha allah….
    01135353864 hasrul

  69. intan says:

    Assalamualaikum pd yg beragama islam…sy berminat utk mmbuat pinjaman perniagaan..sy n suami mmpunyai syarikat yg berdaftar sdn bhd…mslh sy…sy n suami dah jenuh try merata utk buat loan…tp smua mghampakn…cuma 1 je yg bjaya sme bnk tu pun hmpir 2 thn kehulu kehilir bru nk dapat…dpt nye pn x la byk mn 30k je..alhamdulillah syukur dpt jugak…tp dah jenuh berhutang le…duit yg dpt tu abis byr hutang sudahnye…x dpt jugak buat modal…nk buat loan smue mmerlukn cagaran…tanah o rumah…hermmm klu sy kaya…x perlu sy bt loan pun..buntu da nk cr modal kt mn

  70. Nurhidayah says:

    Assalamualaikum…salam satu Malaysia saya ingin bertanya iaitu saya ingin membuka kedai runcit dan saya ingin memohan pinjaman skim mikro sebanyak RM:20,000….Ini adalah impian saya dari kecil.Jika Tuan / Puan dapat membantu saya boleh
    hubungi saya melalui e-mel di: (anissuriya1970@gmail.com )

  71. Efa says:

    Sy ingin brtanya…bg tahun 2016 masih ada lg kah pinjaman ini?sbb sy memerlukan modal utk brniaga bulan puasa nanti

Leave a Reply

CommentLuv badge