Ramai yang tertanya bila tarikh permohonan BR1M 2.0 kali kedua dibuka. Semuanya sudah terjawab apabila kerajaan baru sahaja umumkan bahawa mulai 1 November 2012 semua pemohonan boleh mengemukakan permohonan. Borang juga akan dikeluarkan pada tarikh yang sudah ditetapkan.

Terdapat dua cara untuk memohonan seperti online atau mendapatkan borang BR1M 2.0. Menurut menteri kewangan, Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang mulai 1 November ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata borang permohonan boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri dan pejabat daerah.
