Ramai yang nak tahu bila tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 akan diumumkan keluar. Seperti biasa, menunggu saat result UPSR memang mendebarkan bagi setiap calon. Ini kerana bakal menentukan mereka untuk masuk ke sekolah MRSM atau berasrama penuh. Mengikut jangkaan dari pihak kami, tarikh pengumuman keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November 2012 ini.

Untuk pengetahuan anda, tarikh tersebut adalah rasmi yang baru sahaja dikeluarkan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Semua calon UPSR 2012 boleh mengambil keputusan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Semakan keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing pada hari yang telah ditetapkan. Bagi kemudahan calon dan keluarga, semakan juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).
