Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013. Kerajaan bermurah hati menawarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk kali kedua. Nampaknya Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diperluaskan lagi kepada golongan bujang yang mempunyai gaji dibawah RM2000.
Syarat Kelayakan BR1M 2013
Bujang
Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Isi Rumah
Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013
Untuk mohon BR1M, sila layari Daftar BR1M 2.0 dan borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.
- Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda.
- Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.
Tarikh Pembayaran BR1M 2.0
Akan dibayar pada awal tahun 2013


awat x bagi jer RM500 jer….
yele….
Untuk sudah bercerai tiada suami tiada anak…umur pun sudah 31 keatas…pendapatan pun bawah Rm2000..bantuan kerajaan yg mane sesuai untuk dia pohon…..
Jabatan Kebajikan Masyarakat ada..tiap bulan dpt RM300… jangan jadi bongok sgt asyik nak salahkan kerajaan
org tanya,jawab lah elok2.setiap kalam yang keluar melambangkan keperibadian.islam itu suci.
kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita dapat.kalau berfikiran sentiasa tak cukup dan tak puas hati,dapat 10k pun tak cukup juga dan akan cakap kenapa takbagi 20k.jadi renung2lah.
Tq, PM kerana prihatin dgn rakyat…God Bless
Kalao i.x ada salinan gaji boleh appy br1m ke…. Boleh information for me
if ayah ak pesara mcm mane ek isi bahagian pekerjaan and pendapatan tu? blur pulak aku.
saya belum menerima surat bantuan 1malaysia br1m saya dah semak dan tanya di lhdn kuantan katanya yg dah ada nama tak perlu isi borang lg hanya tunggu surat saja tp masaalah sampai sekmarang belum dapat apa apa surat lg keadaan saya mcm dulu tiada perubahan gaji tak naik masih mcm dulu alamat sama mcm dulu . sekian t.kasih shahrom p83 n14
Saya belum menerima surat bantuan 1malaysia br1m bahagian Puchong,Selangor.Bila tarikh pembayaran dibuat? Sekian. Terimakasih
lambt sgt posmen hntr surat,da 2nggu lama
Berkeluarga.
Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
Situasi saya, pendapatan saya dan isteri sememangnya melebihi RM3,000 sebulan tetapi tidak melebihi RM5,000. Persoalannya adalah saya tinggal berjauhan daripada anak dan isteri dan terpaksa menanggung 1 anak (2tahun) dan 2 perbelanjaan rumah. Saya bekerja di melaka dan isteri di putrajaya. Perbelanjaan bulanan saya agak tinggi dan tidak mampu untuk menyimpan. Pendapatan kami berdua tidak boleh dikira sebagai pendapatan isirumah. Jadi, adakah saya layak untuk bantuan ini. Untuk yang pertama dulu telah diberitahu tidak layak tapi tiada sebarang alasan yang diberikan. Jadi saya mahu tahu jika sekiranya saya tidak layak apakah sebabnya dan sekiranya saya layak apa yang perlu saya lakukan. Harap dapat penjelasan.