Permohonan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sesi januari 2013. Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
Bidang Pengajian
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
- Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
- Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
- Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.
Kemudahan
Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Permohonan
Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN.
Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN. Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga). Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan tidak termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu.

macam mana saya nak membuat rayuan pemohonan kemasukan ILJTM bagi sesi June 2013
mcm mne nk wt rayuan ikbn 2013
ikbn
saya ingin daftarkan diri saya ke ikbn untuk sasi july
boleh sy tahu untuk tarikh kemasukan sesi julai-disember 2013 bila buka untuk permohonan ??
kalaw untuk permilihan tempat yang sy nak mcam mane pulak tu ..? contah sy nak masuk dekat ikbn dusun tua
tq…
boleh saya tahu tarikh kemasukan ke ikbn sesi 2013 dibuka untuk permohonan kerana saya ingin mendaftarkan diri saya ke ikbn
mcm mna nk isi borang rayuan ikbn
mcm mane sy nk buat rayuan masuk ikbn bln jun 2013,,,sy tak tahu cara bagai mana nk isi borang ikbn jun 2013
cm mne nk mtak kt ikbn nie….
macam mana nak buat permohonan untuk kemasukan ke ikbn julai 2013?
untuk kemasukan sesi julai 2013 sila layari
http://www.melvister.com/2013/03/permohonan-kemasukan-ikbn-2013-sesi-julai.html
saya nk masuk ikbn tpi x tau cara dia?
mcm mne nak wt rayuan tuk msuk ikbn?
Mcm mana nk wt rayuan ikbn 2013 ea?
selain seisi kemasukan Julai 2013, bila lagi ada kemasukan seisi kedua untuk 2013.
mcm mana nak buat permohonan bagi tak pernah mohon masuk ke ikbn tapi nak masuk ikbn..
sy dah isi pemohonan mcok ikbn sesi july . tp result da keluar … saya ta dapat mcok . cmna nak wt rayuan ? mohon petolongan