Berikut adalah penjelasan Izara Aishah seksi menari tango dengan aksi ghairah. Izara memohon maaf kepada semua peminat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Terus terang dia menyatakan bahawa itu adalah video sebelum dia popular. Dan video tu juga adalah tarian untuk semester pengajiaannya.

Penjelasan Izara Aishah
“Secara jujurnya Izara tidak sangka video ini akan keluar di Youtube. Tarian itu adalah ujian peperiksaan untuk projek semester akhir Izara dan bukannya untuk bersuka ria. Pemakaian pada waktu itu, lebih terperinci adalah kostum yang disediakan dan hanya dipakai untuk persembahan itu sahaja dan bukan harian.
“Secara peribadi, Izara memohon maaf kepada semua jika video ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada penonton dan berhenti tonton video berkenaan. Izara harap semua faham situasi Izara pada waktu itu,” kata Izara.
