Pendaftaran kad komuter 1 Malaysia dan dapatkan diskaun tiket KTMB sehingga 50 Peratus. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah. Tempoh kad sah untuk tempoh setahun bermula 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013.
Cara Daftar Kad Komuter 1Malaysia
Anda hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan, salinan kad pengenalan, borang pemohonan yang telah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama dengan yuran pendaftaran, RM1 sahaja. Kad Komuter 1 Malaysia yang telah siap akan diperolehi pada hari yang sama.

Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan Kad Komuter 1 Malaysia, meliputi stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.ktmb.com.my
