Khairul Fahmi Apek dan Leuniey kini sudah sah bercinta secara rasmi. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ni dan semoga berkekalan. Pengumuman ini dibuat oleh Nastasha Leuniey sendiri kepada media bahawa hubugan mereka bukan sekadar kawan biasa. Sebelum ni, Leuniey tidak mahu mengulas lanjut hubungannya kerana berasakan tidak perlu berbuat demikian berikutan hubungan mereka sekadar biasa.

Kenyataan Leuniey
“Bagaimanapun, saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang. Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa,”
