Kapal induk Amerika USS George Washington akan datang ke Malaysia pada Ahad ini. Mungkin ini adalah julung kalinya kapal induk pesawat tersebut singgah ke negara ini. Persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.
Mereka menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat. Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home.
Anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS). Lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu pada Isnin.

