Ini adalah harga diskaun kereta Myvi Dan Viva bagi pelajar. Ini merupakan berita baik bagi semua student IPT. Program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. Bayaran adalah serendah RM299 sebulan. Tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula 10 Oktober 2012 dan akan berakhir 31 Mac 2013
Cara Beli Kereta Myvi Harga Pelajar
Tunjuk kad pelajar
Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA. Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.
Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka.
Perlindungan insurans kemalangan
Kumpulan pelajar juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara


semakin mudah membeli kereta, harap ia tidak akan membebankan pelajar IPT di kemudian hari
tak pasti sama ada ini langkah yang baik atau sebaliknya. cuma apa yang dinyatakan ialah bayaran bulanan semasa tahun akhir pelajar berkenaan dikurangkan dan akan dinaikkan sebaik memasuki pasaran pekerjaan. Adakah ini bermakna kereta itu lebih murah atau akhirnya peminjam terpaksa membayar pada kadar yang lebih tinggi sebenarnya?
Saya juga mempunyai persoalan yang sama dgn Nikhamidi malah setuju dgn pandangan Donnyien. Cuma sedikit kerisauan, sekiranya ia meletakkan pelajar yang masih belum tentu tahap kewangan kepada risiko bankruptcy malah turut mengheret sama penjaminnya. Tambahan pulak apabila melibatkan student yang tidak berfikir panjang menggunakan duit loan belajar semata nk beli kereta.
Adakah bayaran pendahuluan diperlukan??
Sekiranya perlu, berapakah jumlah yang perlu dibayar?
SAya ingin maklumat berkaitan pembelian kereta myvi atau viva untuk per IPT. Terima kasih hubungi saya melalui email atau talian 0137413201
adakah memerlukan wang pendahuluan
memerlukan wang pendahuluan atau tidak