Ini adalah gambar terkini empangan air sungai di Selangor yang semakin kering dan berkurang. Kemungkinan Selangor dan kuala lumpur akan mengalami krisis catuan air tidak lama lagi. Keadaan yang kurang hujan merupakan salah satu punca mengapa bekalan air di empangan tersebut makin surut. Ada juga sesetengah pihak yang menjangka Selangor akan hadapi krisis air dalam beberapa hari atau bulan sahaja lagi. Jika kadar air empangan semakin surut, pembenihan hujan mungkin dilakukan untuk menyelamatkan keadaan.




hujan turun dengan lebat malam tadi di area shah alam.. harap ia akan berterusan..