Tahukah anda bahawa mandi wap atau sauna punca kepada lelaki jadi mandul. Mandi wap boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar). Menurut statistik di Malaysia, 40 peratus masalah kesuburan adalah datang daripada lelaki. Ini adalah fakta sebenar seperti yang dinyatakan oleh Dr Eosan pakar bidan Di Hospital Pantai.

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.
“Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekirat 37 darjah Celcius manakala suhu testis pula adalah sekitar 35 dan 36 darjah Celcius”. “Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki”.
“Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubuh badan lelaki”.
“Meskipun sistem pembiakan akan menggantikan sel sperma yang mati kepada yang baharu dalam tempoh tiga bulan, namun adalah lebih baik bagi kaum lelaki mengelakkan aktiviti itu bagi mengelakkan mereka mandul”.
