Tee Hui Yee Gadis Mempunyai Masalah Jantung Meninggal Dunia. Masih ingat lagi siapa Tee Hui Yee Kisah Gadis yang menerita akibat masalah jantung lima tahun lepas. Kisah Hui Yee yang menderita sakit jantung mendapat liputan meluas media apabila dia terpaksa bergantung nyawa selama setahun dengan jantung mekanikal ekoran tiada penderma jantung.

Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi. Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.

Dina berkata dia kemudian memanggil suaminya, Tee Ah Soon, 57, yang berada di luar rumah untuk tindakan lanjut selepas mendapati keadaan gadis itu yang semakin teruk. Ah Soon berkata dia kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital, bagaimanapun, pihak hospital percaya Hui Yee sudah meninggal dunia ketika masih berada di rumah.

Kakak Hui Yee, Tee Lee Ching, 30, pula berkata adiknya sempat meluahkan hasrat untuk berkunjung ke taman tema Legoland menerusi perbualan telefon, Ahad lepas.

takziah kepada keluarga mendiang
Takziah buat keluarga mendiang Hui Yee.