Youtube Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai China. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan apabila Shila telah berjaya mengharumkan nama Malaysia. Kalau anda dengar suara shila, memang meremang bulu roma sebab nyanyian beliau sangat merdu dan sedap. Ribuan penonton china turut kagum dengan persembahan beliau.Dalam pertandingan akhir itu Shila Amzah menewaskan peserta dari Singapura , China , Korea , Thailand dan India.

Pertandingan Asian Wave terdiri daripada 30 peserta yang bertanding di peringkat awal yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu dan pada peringkat ini Shila telah mempersembahkan lagu popular Adele, ‘Set Fire to the Rain’ dan sebuah lagu Mandarin berjudul ‘Forever Love’.
Video Nyanyian Shila Amzah di Asian Wave 2012
