Kini dikejutkan dengan berita Sham Kamikaze bercerai dengan isteri. Farazila Abdul Jabar telah memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Menurut Farazila, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu untuk memulihkan rumah tangganya tidak berjaya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.

Selain itu, Farazila juga turut menjelaskan kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu bukanlah faktor utama yang membawa kepada perceraian ini.
“Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya.
“Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini,” katanya lagi.

ape cerr brooo….. perubahan anda betul perubahan… ana kawin 2…… hehehehe… cerai itu perkara halal tp paling dibenci Allah….