Semakan Keputusan MUET sesi Julai 2012 akan diumumkan pada 20 September bersamaan Khamis seperti yang dinyatakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Keputusan boleh diperoleh di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Cara Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2012
Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888
atau melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut,
Rayuan Keputusan MUET 2012
Tarikh tutup rayuan untuk menyemak semula keputusan MUET ialah pada 27 September dengan disertakan bayaran RM70 manakala tarikh tutup pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November ialah pada 26 September.
