Pudu Sentral dinamakan sebagai Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur. Ini adalah nama baru Pudu Sentral yang telah digantikan dengan UTC. Menerusi UTC, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain tempat rekreasi, antaranya “wall climbing”, studio aerobik dan gelanggang futsal.

UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan askes kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transfomasi Bandar.
