Berikut adalah penjelasan Mizz Nina Buat Hiburan Di Konsert Ulang Tahun Syarikat Arak Guinness. Segelintir pihak telah mencemuh Mizz Nina kerana dianggap salah menyanyi di pesta ulang tahun arak yang akan diadakan pada 28 september ni. Menurut Nina, dia bukannya minum arak dan hanya sekadar membuat persembahan seperti yang diarahkan.

Penjelasan Mizz Nina Buat Persembahan Konsert Syarikat Arak
Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
“Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.
“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.
“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.

manusia~
sib baik dia tak cakap…hanya mencari rezeki yang halal…LOLZZZZ. ngoksss
kih kih kih…… apa saja berkaitan dgn ARAK adalah haram… dari penanam angur pengutip anggur hingga ke pembawa lori Arak.. dosa dia sama dgn org minum arak…. itu la kepentingan kekuatan AKIDAH kite sebagai umat ISLAM….. Peace yooooooo
Budak nina ni kureng faham pasal agama..keluarga dia pun sama gaknya..kesian..