Berikut adalah keputusan penuh pilihan raya kampus 2012 yang membabitkan IPTA di Malaysia. Pro Aspirasi menang besar hampir seluruh kerusi di IPTA. Pengiraan berdasarkan undi rasmi bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013. Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan. Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang .

Keputusan Pilihan Raya Kampus 2012
Universiti Teknologi MARA (UiTM); Aspirasi menang – 50 Kerusi
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi – 31; Pro-Aspirasi menang – 31
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi – 27; Pro-Aspirasi menang – 25; Pro-M – 2
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi – 28; Pro Aspirasi menang – 28
Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M menang 8
Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi – 36; Pro-Aspirasi menang – 34; Pro-M menang – 1; Bebas – 1
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi – 13; Pro-Aspirasi menang – 13
Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi – 45; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M – 3; Bebas – 1
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi – 29; Pro-Aspirasi menang – 24; Pro-M – 4; Bebas – 1
Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 22; Pro-M – 2
Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi – 20; Pro-Aspirasi menang – 18; Bebas – 2
Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang – 36; Pro-M – 2
Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 10; Pro-M – 1; Bebas – 3
Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi – 54; Pro Aspirasi menang – 48; Pro-M – 6
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 14
