Karnival dan Seminar Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2012 akan diadakan pada pada 22 dan 23 September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Di Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat ini orang ramai akan mendapat maklumat mengenai program PSH yang ditawarkan kepada masyarakat.

Tujuan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bakal menjenamakan rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. PSH sebagai satu gaya hidup masyarakat dan komuniti di negara ini diterjemahkan kepada rakyat melalui beberapa penerapan mesej dan peningkatan kesedaran tentang agenda PSH. Penyemaian budaya ilmu boleh diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan formal. Program-program dan inisiatif kerajaan melalui PSH akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara.
Sempena Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional ini, empat aktiviti utama yang akan dilaksanakan iaitu:
- Majlis Pelancaran Karnival PSH yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi;
- Karnival PSH yang terdiri daripada 100 booth pameran dan pelbagai aktiviti hands on yang disertai oleh lebih 10 kementerian dan agensi yang menawarkan program PSH;
- Seminar PSH pembentangan kertas mengenai PSH yang turut disertai oleh kementerian dan agensi yang menawarkan program PSH; dan
- Promosi PSH untuk meningkatkan kesedaran dan galakan kepada orang ramai terhadap pelbagai program PSH yang sedia ada.
Kepada orang ramai, jangan lupa untuk datang dan meriahkan suasana karnival ni.
