Dalam diam-diam, Ning Baizura sudah mengandung lima bulan. Kat bawah ni kami kongsikan gambar Ning dan Suaminya. Kalau anda lihat, bentuk fizikal Ning sudah berubah dan agak berisi sejak hamil ni. Tahniah diucapkan kepada Ning yang akan menimang bayi tidak lama lagi.

Kenyataan Ning Baizura
Alhamdulillah kerana termakbul juga doa kami untuk mendapat anak kerana sebelum ini saya hampir-hampir diberitahu doktor bahawa saya tidak boleh mengandung. Saya dan suami amat gembira menanti kehadiran cahayamata sulung kami ini. Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki.


