Azza Elite telah dilaporkan mengalami keguguran anak pertama baru-baru ini. Salam Takziah diucapkan kepada pasangan yang hampir menimang cahaya mata. Azza Elite yang disahkan hamil anak sulung pada bulan Ogos lalu dengan usia kandungan hampir masuk sebulan dua minggu namun mengalami masalah keguguran.

“Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang.
“Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama,” -Azza
