Permohonan Kemasukan GIATMARA 2012. Pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2012 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan bermula pada bulan Julai ini.
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
- Bumiputra
- Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat
- Berminat dengan bidang yang dipohon
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.
Bidang Latihan Kursus
Jangkamasa program latihan sepenuh masa di GIATMARA adalah antara 3 – 24 bulan. Kursus atau program yang ditawarkan dibahagikan mengikut kluster. Setiap kluster mengandungi beberapa kursus yang boleh dimohon.
Senarai Kluster
- Komputer Dan IT
- Percetakan
- Fabrik
- Mekanikal
- Elektronik / Mekatronik
- Senibina
- Pengangkutan
- Elektrikal
- Hairdressing And Cosmetology
- Kulinari
- Hospitaliti
- Pembuatan
Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.
Kemudahan
Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
- Latihan percuma
- Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
- Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
- Sukan dan Rekreasi
- Sijil Kemahiran GIATMARA
- Sijil JPK (di mana berkenaan)
- Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
- Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)
Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:
- Muat turun di Borang Permohonan Latihan GIATMARA
- Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
Cara Memohon
- Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas.
- Lengkapkan borang dan hantar ke Pusat GIATMARA yang dipohon.
- Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA.
- Menjalani sesi temuduga.
- Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya
Sumber: Eputra
Bagaimana untuk membuat permohonan secara online?
assalamualaikum…. sy ingin bertanya mcm mne cranya hndk memohon kemasukan ke giatmara dlm bdang kulinari……. untk pngetahuan sy skrang brada di dlm tingkatan 4… tq..
saya nak tanye bagaimana nak buat permohonan secara online..untuk maklumat saya sekarang berada di ikbn naka kedah semester tiga.igin mengambil bahagain elektrikal..
saya baru habis SPM saya mohon untuk masuk GIATMARA 2014 tetapi tiada tahu dimana mencari borang kemasukan GIATMARA
Mcm mna nak buat permohonan on9
Bagaimanakah laluan pelajar giatmara boleh mencapai tahap Phd di UniKL Mara dangan pengkhususan pengajian kemahiran mereka. Adakah laluan seperti berikut pernah berlaku, iaitu Giatmara ke IKM ke IKTM ke UniKL jika mereka bermula dari umur 15 tahun? Jika ia pernah berlaku, Alhamdulilah ia pemangkin semangat pelajar giatmara, tak cemerlang akademik pun boleh jadi professor di UniKL. Mara memang berjasa kepada rakyat nya. Tahniah giatmara!