Permohonan Program Tajaan MARA 2012 Lepasan SPM. MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA.

Syarat Asas
Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
Warganegara Malaysia
Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 bagi kali pertama
Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya
Syarat Khas
Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan minimum mengikut program berikut:
Permohonan
Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan MARA.
Permohonan program pinjaman pelajaran MARA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.
Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.
Selepas mengisi borang atas talian, pemohon perlu mengisi borang manual yang perlu ditulis kod program yang dipohon di atas ruangan gambar. Muat turun borang di Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA.
Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan atas talian (online) dibuat dan dihantar ke alamat:
Program Khas Lepasan SPM 2011
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3,
Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 25 April 2012.
Temuduga
Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 7 Mei 2012 di laman webMARA.
Keputusan Permohonan
Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012.
Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 1 Jun 2012.
Semua semakan boleh dibuat di laman web MARA.

LAAA..CAM NE NK BUAT NI?X PHAM LA…NPAK MACAM BEST JE…NK JGK MSK TP CM NE NK CARA NYE??
kalau gagal untuk permohonan pertama,macam mane ye nak buat rayuan?sebab saya dapat 7A 2C.dalam syarat tu nak 7A 2B.tapi banyak senior saya tahun lepas yang 5A pun dapat,sebab dah takde orang nak course tersebut
Saya lh di shortlist kn utk interview mara 16 april ni..tp 16 april ni jgk saya ade interview petronas..blh ubah tak tarikh?