Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2012 mulai 25 april 2012. Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Pendaftaran Matrikulasi
- Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
- Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
- Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Rayuan Matrikulasi
- Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
- Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
- Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

blog ni byk bntu sy..thanks ya;-)
sama2 huda…
terbaekkkk…..
Kalau tk saya tk tahu bila result matrix kuar….thanx yunk,
hey,me got matriks!!!!!!uuuuuuoooooo!yeahyeah…thank u
pergi k..peluang tu..
tumpang tnyer,tarikh pengesahan utk mengesahkan yg kter g ker tak tuh sampai bler??
n,law kter sah da nk g matrik ni,upu dpt x??
nak tau bangat ni..hehe
nak tnya soalan yg sama jugak. bila tarikh akhir kita nak kena wt pengesahan utk g matrik ke x? huu. tlg jwb kat cbox blog sy boley? hee. klik je nama sy ye. trus g ke blog sy. sy tnya utk adek sy nie.
Btw, tengs 4 ur info ok ! ^^
Cik Fiza recently posted..Jom Join Bloglist Cik Mai
adakah tarikh keputusan rayuan ini muktamad? adakah pelajar yang merayu akan diberi program 1 tahun atau 2 tahun? bolehkah pelajar yang merayu dan mendapat tempat memohon untuk menukar tempat atau kolej matrikulasi yang diberi? please and thank you.
Thanks Admin .. Tunggu results jelah .. Saya ni peserta PLKN sesi kedua yg bermula bulan 4 ni .. Kalau saya dapat matrikulasi nak buat macam mana ?