Permohonan Kemasukan USM Sesi Akademik 2012/ 2013 kini sudah pun dibuka. Calon-calon yang berkelayakan lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) bagi Sidang Akademik 2012/2013.

PERMOHONAN USM
Permohonan kemasukan ke USM boleh dibuat mulai 9 Januari 2012 di laman web Pohon @ USM.
NOMBOR PIN USM
Sebelum membuat permohonan ke USM, para calon perlu membeli nombor PIN USM bernilai RM40 di mana-mana cawangan BSN.
PROGRAM PENGAJIAN
USM menawarkan sebanyak 67 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk pembelajaran sepenuh masa.
Sila rujuk Senarai Program Pengajian Sidang Akademik 2012/2013 untuk menyemak syarat am dan syarat khas yang ditetapkan bagi setiap program pengajian yang ditawarkan oleh USM.
Bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, calon-calon perlu memohon melalui UPU.
MUnSyI
Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk menduduki dan mencapai tahap kesesuaian Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) yang dibangunkan berasaskan konsep Person-Program Fit™(P-P Fit™).
MUnSyI dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi Minat Kerjaya, Personaliti, Nilai Integriti, Kecerdasan Emosi dan Patriotisme sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti.
Ujian MUnSyI ini akan diadakan pada 7 April 2012 di Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi bagi pelajar Matrikulasi KPM dan PASUM. Manakala bagi pelajar Asasi UiTM, STPM 2011 dan Diploma/setaraf di pusat ujian MUnSyI yang dipilih sendiri calon.
TEMUDUGA
Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai pertengahan April 2012 dan boleh disemak di laman web Pohon USM.
TARIKH TUTUP
Permohonan kemasukan ke USM bagi Sidang Akademik 2012/2013 akan ditutup pada 26 Mac 2012.
Bagi calon lepasan Matrikulasi dan Asasi mereka berpeluang untuk mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan akhir semestar dari 26 Mei sehingga 30 Mei 2012.

salam..nak tanye kalau untuk next year punye intake bile agaknye permohonan dibuka?
salam..kejuruteraan elektrik lulusan diploma tidak ditawarkan ke untuk sambung degree kt usm??
salam, mcm mne yea nk chek permohonan kte lulus ke x.. sbb isi no rujukan n password xboleh…