Berikut adalah syarat kelayakan dan cara untuk permohonan SARA 1Malaysia Skim Amanah Rakyat 1Malaysia. Permohonan sudah pun dibuka pada 31 Januari 2012 yang lalu dan tarikh tutup permohonan adalah selama setahun.
Pengenalan SARA 1Malaysia
SARA 1Malaysia berkonsepkan pelaburan dimana pemohon yang layak akan dapat intensif divided yang lumayan setiap bulan. Perlu diingatkan bahawa untuk memohon, pinjaman RM5000 dari bank sahaja dibenarkan dan wang tunai tidak diperlukan. Pinjaman dari bank tersebut akan dibayar secara ansuran oleh pemohon.
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
- Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
- Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
- Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
- Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
- Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
- Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Cara Memohon Dan Dapatkan Borang Sara 1Malaysia
- Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
- Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
- Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
- Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
- Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
- Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

saya dah berkhawin tp suami tidak ambil peduli hal rumah tangga. semua barangan dan mknan umah sy tanggung termasuk urusan ank2 segi pempes,susu n bebagainya… suami ada pohon bantuan rm5oo tp untuk keperluannya sahaja.
Salam.
Saya mohon agar skim Sara 1 Malaysia dapat diisi oleh pemohon yang masih bujang yang usia telah melebihi 40 tahun. Memandangkan skim ini ditawarkan kepada pemohon yang mempunyai keluarga, maka adalah lebih adil jika skim ini juga dapat dinikmati oleh rakyat malaysia yang masih bujang yang usia telah melebihi 40 tahun.
Adakah..ada syarat lain..jka rm84 termis….apa akn berlaku?
Nak bertanya mengenai dana BR1M – skim pinjaman perumahan yang akan bermula march 2012.. bagaimana nak memohon..
Tuan,
saya inginkan kepastian, saya masih ada hutang dengan bank dan tidak membayar dalam tempoh yang agak lama dan baru mula membuat bayaran dalam bulan ini. Baki hutang saya lebih kurang rm5,000. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman kerana sebelum ini semua pinjaman atau pelaburan saya decline disebabkan hutang tertunggak.
Mohon penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih
Saya ingin btanye apekah bantuan yg layak saya terima suami kerja gji tak sampai 2ribu,ank2 smakin membesar duit sentiase tak cukup,bile tngh bulan je mula lh mminjam kwn..kdg2 rase malu..ape kh bantuan yg patut says trima..tlg lh saya
apakah jenis bantuan sara 1malaysia ni?
apakah jenis bantuan sara 1malaysia ni? saya kurang faham.
adakah yang saya layak mohon bantuan ni.saya masih bujang tp saya punya kesulitan kerana saya menyara ibu yang dah uzur& keluaga yang serderhana.
i just want to know how to apply this loan for RM 5000, can anyone help me out of this
thks
SAYA SEORG IBU TUNGGAL BAGAIMANA CARA NYA MEMOHAN RUMAH 1 MALAYAYSIA
apakah cara untuk memohon bantuan sara 1 malaysia..
sesiapa sahaja layak kah memohonnya??