Dang Suria dalam rancangan ON AIR 2012 telah mengkritik dan komen peserta ujibakat yang gemuk sebagai tidak layak untuk mengikuti program tersebut. Kata-kata pengacara itu dianggap biadab sekali gus telah menjatuhkan maruah beberapa peserta kerana mengkritik mengenai fizikal dan paras rupa.
Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.

“Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.
“Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.
“Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.
“Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.
“Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga,” tegasnya.
Incoming search terms:
- peserta on air (20)
- dang suria on air video (15)
- biodata peserta on air (11)
- dang suria on air (11)
- profil peserta on air (2)
- dang suria kritik peserta on air youtube (1)
- dang suria di kritik (1)
- bodata peserta on air 2012 (1)
- peserta on air wanita (1)
- peserta top 10 on air wanita (1)
Teruskan Membaca: