Permohonan kemasukan ke IPTA untuk Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan setaraf telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Permohonan ini bertujuan bagi calon yang ingin mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama di IPTA.

Kategori Permohonan
Permohonan ke IPTA bagi lepasan Diploma dan setaraf terbahagi kepada 2 kategori iaitu;
Kategori E - Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma dan setaraf Aliran Sastera.
Kategori F - Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma dan setaraf Aliran Sains.
Syarat Permohonan IPTA bagi Lepasan Diploma dan Setaraf:
- Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS.
- Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2010 atau sebelumnya.
- Lulusan Matrikulasi tahun 2010 dan sebelumnya.
- Lulusan STAM tahun 2009 dan sebelumnya.
- Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
- Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
- Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Permohonan IPTA Lepasan Diploma dan Setaraf
- Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan Diploma/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013.
- Pastikan anda telah membaca Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
Tarikh tutup permohonan pada 2 April 2012.

assalammualaikum.. sy nk tny.. sy baru lepasan executive diploma kindergarten management melalui UUM..Boleh saya tau sy blh apply di IPTA & IPTS mana yg sesuai? terima kasih.
macam mana nak tahu yang diploma saya ni under aliran sastera atau aliran sains. confuse. saya barus habis diploma in tesl under faculty of education and languange studies. masa spm saya ambil aliran sains. harap boleh bantu tq
ia bergantung kepada aliran diploma anda….Jika anda baru sahaja habis Diploma in TESL..bermaksud diploma anda adalah aliran Sastera
saya buntu apekah hala tuju saya selepas ni..
utk pngetahuan saya graduan lepasan diploma pendidikan awal kanak-kanak unirazak 2012… tak tahu lepasa ni jurusan ape yang layak saya pohon..kalau peluang kerja pun xbanyak..
saya arap dapat sambung degree kat mana2 institusi awal yang bole terima kelayakan saya..
pointer cgpa sya stiap semester maintain 3.15 dan keatas…
awak boleh memohon jawatan guru tabika kemas yg memerlukan diploma pendidikan awal kanak2.. gaji adalah mengikut kelayakan diploma tersebut..
sya lpsan pendidikan awal kanak kanak dr unitar.apakah layak couse sya ambl jika sya ingin masuk ke IPTA???jika sya ingin menjadi guru SEKOLAH MENENGAH ATAU SEKOLAH RENDAH,apakah couse sya prlu ambl dan ada kh sya layak menjadi ckg smk atau ckg sk????saya sagat-sagat perlukan jwapan……
sama ngn Miha..confuse tentang kategori diploma..saya graduan diploma teknologi maklumat(multimedia)..kategori sains ke sastera tu?nak mohon ijazah ni tp x pasti saya dalam kategori mana?
pelik la.. sy dh pg ke bsn utk beli nom pin pd 9/1/2012 utk lpsn diploma tp kakitgn bsn yg sy berurusan tu ckp xde lg. yang ada hanya lepasan diploma yg ada sijil stpm je.. betul ke cam 2.. habis tu bila plk blh beli nom. pin utk lpsn diploma yg tak ada sijil stpm????
mungkin kakitangan BSN tu tersilap beritahu anda…pin untuk lepasan DIPLOMA/STPM adalah sama sahaja..
salam. saya tak dapat nak isi borang upu untuk maklumat diploma/setaraf. kat dalam borang tu suruh saya memilih jenis diploma tapi tak ada diploma pentadbiran awam dari uitm dalam senarai jenis diploma yang diberi. bingung la… apa patut saya buat?
Nsihat sy awk kne gne internet explorer pstu kne ade adobe reader tuk paparan yg mnyeluruh.sbb sy pn kne msalah cmni tp akk upy ckp pkai ie.senang..
salam—nak tanya saya lepasan diploma tapi bila sy masukan data tidak tertera katogeri E atau F?tapi yg ada cuma katogeri A sampai D saja.juga kerap kali no unik id bsn salah walaupun saya dah masukan dgn betul?terima kasih……….
salam…saya nak tanya bila tarikh keputusan upu akan diumumkan utk lepasan stpm 2012/2013?
keseluruhan bln 7 taun ni<untuk medsi perguruan 20 april ni
sy btl2 nak msk upm dan sy nak tau btl2 kemasukan upm bapa pointer?sy juz dpt 2.8 adakah sy layak..so sad when i thnk about this,please gve me a feedback
salam..saya baru je habis dip.skrang sye tgah praktikal..sye ingat nk smbung dgree in course islamic banking..u mne ye yg sesuai tok sy..tp sye musykil,sye blom ambil muet lg..plu ke sye amek muet dlu,atau boleh ambil kmudian..
Sya skrg di tahun akhir diploma multimedia di Cosmopoint College….
Adakah sy layak untuk mohon melanjut Ijazah dalam bidang TESL atau Bahasa Inggeris di IPTA?
saya nak tanye saya baru habis dip Tesl kat Unisza….saya masih xtau hala tuju saya skang ni…….memang saya minat dgn kerjaya guru….tapi sya tak tau dgn dip tesl ni bole ke tak…
Saya lepasan diploma Farmasi… Sy ingin tahu bagaimana nak apply ke IPTA..utk sambung degree… Adakah sy perlu mengambil pin di BSN.. Adakah borang permohonan masih ada dilaman UPU?
perlu beli semula no pin di BSN….dan semua permohonan mesti melalui UPU
saya baru lepasan diploma tahun ni,bln 4..cmne ea lau sy nk sambung degree pula??bila tarikh permohanan degree yg plg terdkat??
saya pelajar lepasan matrikulasi dgn pointer 2.86..laya ke saya mohon kursus sains bioperubatan di UPM?
saya nak tanya adakah saya layak untuk memohon ijazah sarjana muda di ipta dengan sijil diploma ipts? dan apakah pangkat yg diperuntukan bagi lepasan diploma untuk melayakkan diri untuk menyambung digree in tesl di ipta??
Boleh sy tahu program ijazah ape yag sesuai untuk lepasan Dip Information Tecnology, sy x nak amek bidang yg berkaitan dengan IT lgi..
kalau dengan CGPA saya 2.75 adakah layak untuk menyambung degree di IPTA..saya mengambil OM (office management)harap rakan boleh membantu…
Salam, saya nak tanya, bilakah lagi tarikh permohonan untuk kemasukan ke ipta bagi lepasan diploma ?
salam sy nk thu bila tarikh permohonan untuk kemasukan k ipta bagi lpasan diploma? kwn sy ckp bln 10 ni..yg pasti tak sma gan bdk lpsan stpm / mmatrik kan?? sy buntu..please help
saya lepasan diploma politeknik dlm jurusan elektronik control…nak smbung degree tp x de muet…sbb dlu x rasa nk smbung blaja…tp skrg dh rasa mcm nk smbung lg…
boleh try ambik muet sbgai calon persendirian. rujuk sini (http://www.mpm.edu.my/muet1) nak sambung degree wajib ade muet..
saya tidak tamat tingkatan 5.tapi saya berkelayakan SKM.layak ke tidak memohon politeknik untuk 2013/2014?
saya nak tanya saya merupakan student ipts dgn pointer 3.5.. saya nak smbg ipta.. agak2 untuk masuk ipta dya akan mlihat kepada kptusan dploma ke atau spm lg??
bagaimana saya nak mohon diploma pendidikan luar kampus untuk tahun 2013.
salam 1 malaysia..saya nak tanye saye lepasan uitm lepasan diploma ukur bangunan..saya nak sambung degree tp bukan dalam kos yang sama tapi in accounting or banking, tapi saya tak pasti layak ke utk saya buat demikian?cgpa saya cuma 2.78..dan bila lagi pemohonan lepasan diploma dibuka?mohon bantu..saya dalm kekeliruan trima kasih
salam
assalam..saya nak tanya boleh x pelajar lepasan ipts nak sambung upu..
assalamualaikum..saya lepasan diploma pembantu perubatan under kolej gov…boleh ke tak kalau saya nk apply dgree utk farmasi@kos yang sesuai untuk saya.mohon bantuan pihak tuan.terima kasih…
saya mempunyai diploma pergigian.layakkah saya memohon ijazah pergigian di usm?bagaimana?
salam, nak tny berkenaan permohonan Degree..
kami hbs Diploma pd thn dpn, yakni bln Mei..
so, kami kne mohon degree bler ye?
bila transcript keputusan rasmi sudah keluar…anda boleh mohon untuk degree di IPTA..
salam, nak tanye berkenaan degree.
saya baru sahaja habis pengajian diploma di UiTM kursus pengajian kejuruteraan awam.
ada cadangan tak mane patut saya sambung degree?
sayan ingin menyambung degree dalam kursus yang same iaitu kejuruteraan awam di UiTM tapi CGPA saya cume 2.87. layakkah saya?
thanks in advance. =)
Saya lepasan diploma dan mcm mane saya na apply kt uitm erk..
salam..sy student bakal tamat dip bln 3 2013 ni..n sy nak tnya,sy bkal amek muet bln 7 2013 nnty..muet wajib ke nak masuk degree?saya bingung,ad ckp blh n xblh..
samala,sy pon ada mslh yg sama.ada ckp boleh ade ckp xboleh.ambik muet bln 7 nih jgk.
salam….
boleh saya tahu bile tarikh upu bkak untuk pendaftaran ke degree bukak untuk lepasan diploma?
harap boleh share dgn saye, terima kasih
saya lepasan kolej komuniti diploma teknologi kreatif pengiklanan tahun 2010.bolehkah saya ingin menukar pengajian yg lain dalam program ijazah.
Hi.. assalam.. saya sedikit confuse berkenaan pemohonan untuk lepasan dip.. saya akan tamat belajar Dip pada bulan5 tahun ini..
Adakah saya boleh terus mengisi permohonan untuk sambung degree di mana-mana IPTA? terima kasih..
Adakah saya boleh sambung gedree ke ipta tapi spm sy tak cukup syarat seperti bm-7D yg len 4 kredit je . Saya bakal graduan diploma dengan cgpa 2.68 . Dengan itu apakah saya layak utk sambung degree ipta . Saya harap tlong bantu saya ye . Sagt nak tahu please
Saya mempunyai diploma Farmasi dari kolej swasta.Saya ingin sambung degree di ipta.Tapi saya tidak mempunyai muet.Adakah saya dapat memohon untuk sambung degree?Wajibkah muet untuk sambung degree?Atau boleh diambil semasa membuat degree nanti?
Saya graduan diploma politeknik. semasa sy mengisi borang upu, mengapa tiada ruangan untuk mengisi medsi? adakan permohonan upu untuk program pendidikan sesi ini hanya utk open market?adakah cara lain utk sy jd cikgu under KPM kalau cuma ada diploma?
bagi tahun 2013..hanya kemasukkan bulan januari je ke dibuat?. maksudnya kalau saya nak apply..kena apply hujung tahun nie la…
saya lepasan diploma ipts cgpa 3.7
spm 4 kredit
lepas x syarat kemasukan ipta untuk ijazah
cam berlagak je bro
masa nak isi slip BSN tu, nak tulis apa ye kat
rujukan tu? lepasan diploma ke? atau just ke kaunter
cakap nak bli no pin UPU
saya mengambil diploma di dalam bidang sains komputer, jd menurut kefahaman saya, saya berada dalam kategori F aliran sains. tlng betulkan saya sekiranya saya salah. terima kasih.
Assalam. sy nak tnye.. sy bakal tamat kn pengajian sy bg diploma kejuruteraan awam di politeknik..skunk sy di sem akhir dan bakal tamat pd bln mei nyh.. sy da beli no pin bsn bg diploma/setaraf.. bile sy buat pemohonan.. dy tnye status pngajian sy n pgnk.. sy belom abis blajr tp dlm sem yg akhir.. tamat memohon upu bln april.. so, ape patut sy buat?? adakah sy patut isi kt ruang status pengajian uh ” tamat pengajian” ??? walhal sy dlm sem akhir??
sya pun mcm awk…nk isi upu smbung buat degree tp sy msh dlm semester akhir..bleh ke x mohon,tlg sape2 bg jwpan…
same situation with you..but,bila kita call pihak upu,dia cakap mmg takkan dapat apabila result keluar,but bila time buat rayuan,so time tu kita kne hantar transkrip dan etc2 semula ke u pilihan..setakat itu yang saya tau..
saya lepasan Politeknik 2012 December.. kalau student lepasan diploma bulan May boleh masuk dengan syarat calon yang belum Konvo sila ke pejabat peperiksaan politeknik masing-masing minta surat pengesahan tamat belajar .
DI Malaysia sistem pendidikan semakin merosot dan tidak dirancang dengan teliti, sedaangkan di sekolah-sekolah dan institusi2 kita mengajarkan ‘MASA ITU EMAS’ tapi kita melaksanakan seolah-olah ‘masa itu luas dan boleh merugikan sekiranya perlu’
Sebagai contoh850/
Assalmualaikum ..selamat sejahtera…sy pun ada msalah hendak mengisi jenis diploma bagi permohonan diploma/setaraf…walaupun telah menggunakan internet explorer..mcmna ya??
asalammualaikum..nak tanya saye spm ad4 kredit je..2 gagal bi gan mat..ad harapan x masuk u awam??
assalamualaikum, sy nak tnye, sy akan tamat diploma farmasi pd jun 2013 ni, sy nak tahu ye ape syarat kelayakan untuk smbung degree in pharmacy ye? sy confuse la kjap kne 3.8 keatas n kejap 3.5 n dapat B untuk subjek sains dalam SPM. mana satu yg betul ye??? tolong saya.
Assalamualaikum, saya pelajar Diploma Quantitative Science(Diploma Matematik) di UiTM. Bagaimana ea kalau saya nak apply perguruan. Boleh ke pelajar lepasan Diploma nak apply perguruan untuk degree? Dimana ya mahu apply? Thanks
assalamualaikum,saya nak tanya,boleh ke pelajar lepasan diploma bangunan sambung degree dlm bidang senibina???
salam.. saya dapat offer untk ke poli dlm kos reka bentuk industri.. saya nk tnya bole ke lepasan diploma reka bentuk industri ini smbg ke bidang seni bina??