Permohonan Kemasukan ke UPU Sesi Akademik 2012/2013. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :
- Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
- Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
- Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
- Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
- Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
- Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
- Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
- Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH
- Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Pembelian Nombor Unik ID BSN
- Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
- Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
- Secara Individu
- Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
- Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
- Secara Pukal
- Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
- Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
- Salinan MyKad calon perlu disertakan.
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)
Pembelian Nombor Unik ID BSN
- Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
- Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
- Secara Individu
- Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
- Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
- Secara Pukal
- Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
- Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
- Salinan MyKad calon perlu disertakan.
Maklumat lanjut boleh dilayari dilaman rasmi UPU/ IPTA di kemasukan ke IPTA

semoga berjaya diucapkan…
fasha sandha insaf recently posted..satu alasan untuk ke syurga
iya..dah berjaya
x lupa dot com recently posted..Kamera Google Rakam Wanita Beranak Tepi Jalan
Sy terlambat nak beli no pin upu, masih ade peluang lg tak utk sy pergi beli 17@18-april 2012.
ada lagi ke jual number pin dan borang untuk kemasukan ipta bagi sesi 2012-2013
mesti la ada lagi janjai kne rjin pi bsn la
ade g babe… pg td aq bru g bli
mat aro recently posted..Wanie Protege Ferhad Dikeluarkan Dari Mentor 6
as salam,,,,,lepas beli no upu kat BSN kena isi ker butiran pribadi????
bole lagi x apply upu fasa 1 klo tarikh tutup da tamat?
Maaf. dah tak boleh lagi
fasa 2 kemasukan ke ipta bagi sesi 2012/2013 bila lagi?
permohonan FASA 2 sudah dibuka januari yg lalu……sila layari http://www.mohe.gov.my
bile leh check result permohonan ipta sesi 2012 nie…?
result ipta pada bulan mei/jun 2012 nanti
Nak tanya ,
tarikh permohonan ke uitm bagi lepasan spm sesi 2012/2013 masih dibuka lagi ke ?
ikut fasa.skrg fasa ke-2 sampai 2 april..
Anak saya dah isi online tapi dia guna iPad dan tak print. Masalah Nya bila nak isi fasa 2 dia masukkan no k/p Dan no id malangnya respon berbunyi anda belum mendaftar. Dia Cuba daftar semula guna id yg sama tp gagal. Saya bimbang dia Akan tercicir so apa tindakan saya?harap dapat penjelasan segera. Terima kasih
sila rujuk ke upu atau moe di putrajaya atau cal no talian bantuan diberi
saya nak tanya ni ,, saya dah isi borang untuk upu fasa 2 ,, tapi saya ktinggalan untuk isi borg upu fasa satu ,, kalau macam tue ,, maacam mana yer ,, adakah borang permohonon saya akan di layan nanti ,,,
saya nak tanya…saya ketinggalan untuk mengisi borang fasa 1…tapi saya bercadang nak isi borang upu…adakah permohonan saya akan dilayan..
saya dah isi upu fasa pertama.. tapi untuk pengusian fasa kedua, saya terlupa kata laluan,, saya dah cuba masukkan nama ibu, tapi nama ibu juga salah…. bagaimana penyelesaian bagi aya??? adakah akan tercicir buat kali kedua???
no problem. sila minta bantuan talian yang diberi pada web moe
boleh ke saya buat fasa 2 untuk politeknik tanpa mendaftar untuk fasa 1 ?
salam…adakah admin tahu permohonan untuk november bagi pengambilan master pendidikan kat uthm…tq
macam mna kta nk kemaskini upu stam kali ke-2?
nak tanye macam mane nak cek jika kta dapat mask u
nanti boleh check guna sms atau online apabila semakan keputusan dah keluar
U fasa 2
saya ingin bertanya pada peminat2 eputra…..saya bercadang nak sambung belajar di ikbn……masalah saya pendaftaran fasa 1 tak berjaya oleh sbb kecuaian saya sendiri…apakah masih ada peluang kedua buat saya utk ke ikbn…kalau ada bagaimanakah cara2nya…terimakasih…
kpd sape yg nk isi upu di fasa kedua..kalau anda dh isi name ibu dgn kata laluan tapi tetap salah..itu maksudnye anda sebenarnya telah pun mengisi bagi permohonan di fasa 2.Apa yg perlu anda lakukan seterusnya ialah buka laman upu click salah satu dan click semak..kalau ada data that means anda dh mengisi dan bole printkan terus..kalau kt semak tu tak keluar data means anda belum mengemukakan permohoonan. Sebarang pertanyaan bole la terus email saya di mahirah12@yahoo.com
salam,thx for the info.. tapi kalau kta nak kemaskini jgk data yg kita dah buat tu,macam mana? kata laluan x approve,nama ibu pun asyik salah jer.. macam mana nak bukak?
bila tarikh last post surat permohonan?bukan 19 april ke?
BKN LARRR,…. TU TARIKH KLUAR KPUTUSAN UPU..
mcm mane nk mohon kemasukan upu/ipta ??? saya kurang paham .
hmmmmmmm
saya perlu hantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan tak kalau saya lepasan STPM dan nak ambil degree?
dokumen sokongan inlcude apa ye?
hallo..blh sesiapa tlg sya??? sya x dpt up date permohonan sya… help!!!
salam..sy lupa nk print out salinan permohonan upu..so cmne ek??tarikh dh tamat..huhuhu..
salam..sy lupa nk print out salinan permohonan upu la..so cmne ek??tarikh permohonan dh tamat..huhuhu..help me..!
sy terlambat memohon permohonan kemasukan UPU 2012/2013 yg ditutup pd 2 April .. ada lg x permohonan lpas ni ? answer please ..
Qayyum recently posted..Cara Pengiraan Gaji Baru SSM 2012 Online
sya lupa nak print out salinan upu tu..mcm mna mo print out lgi tarikh da tutup…tolong saya !!
salam..
saya terlupa nak print surat permohonan upu lepasan diploma/stpm…sdgkan,ianya perlu dihantar bersama salinan sijil yg lain..nk buat camner ek???
Sy abs diploma bln 9…mcm mn elk nk mohon???
tlunk sya.. sye da isi fasa1 n 2.. then bler sye semak xd dye tulis maaf rekod tiada…
tu kira belum daftar la tur! Mintak tahun depan pulak atau mintak mana2 uni yang lain yang ada sediakan permohonan tanpa upu lar
mcm mane nk buat rayuan upu? i x ingt kate laluan la..damn!!
eh, untuk fasa 2 bg lepasan matrikulasi, bermula 21 mei hingga 28 mei kan. tp result matrikulasi kua pada 29 mei. mcm mane nk isi kalau ta tau lagi result nyer mcm mane? betul ke tarikh2 yang di nyatakan tuh..
saya lepasan stpm 2010 dan saya tidak mohon ipta pada tahun ini tanpa saya ingin mohon pada tahun depan bagaimana utk mohon dan bila tarikhnya?
Saya ingin tanya, adakah tiada masalah kalau kita mengisi borang upu menggunakan iPad??
Setakat ni, borang upu paling stabil diisini menggunakan mozzila atau internet explorer…mungkin guna safari ada maslah skit
sy lepasan stpm 2011 ingin buat pemohonan e rayuan tapi sy lupa kata laluan ,bagaimana buat ya?bolah sesiapa tolong sy?
salam, saya dah dapat uitm arau, boleh ke kalau saya nak buat rayuan minta tukar course dari pentadbiran perniagaan kewangan ke account dan juga nak minta tukar dari uitm cawangan arau ke cawangan lain seperti di pulau pinang atau shah alam. terima kasih.
Salam kenkwn , nk taye la . Pas nie ade lg ke kemasukan ke IPTA ? UPU ade bukak tuk permohonan lg ke ? politeknik ke ? thanks geng
lau leh gtaw cpt2 ye 
leh ag kew untuk mohon uitm utk spm?
saya belum menduduki spm 2012. beberapa hari yang lalu,saya pergi ke BSN untuk membeli no upu. tapi, malangnya pembelian no tersebut telah ditutup. di sekolah saya,belum ada seorang pun yang sempat membeli no pin tersebut kerana kami tidak mendapat berita bahawa pembelian telah dibuka. jadi, bolehkah kami mengisi permohonan fasa kedua tanpa mengisi permohonan fasa pertama? jika tidak, apakah langkah yang perlu kami lakukan?kami sgt risau . minta pertolongan secepat mungkin=(
mcmne nk mohon msuk U ni ea???
kemasukan upnm, matrikulasi lepasan spm 2012 ada lagi???
apa yang berkaitan dengan upu?
as salam,,,,,lepas beli no upu kat BSN kena ker butiran pribadi????
Tuan/Puan,
Bilakah keputusan kemasukan ke universiti bagi Program Asasi (untuk Lepasan Tingkatan 5)akan diumumkan secara online?
Terima kasih