Laporan polis dibuat mengenai isu azmil mustapha atau “ali setan” hina kerajaan, pelembagaan dan institusi diraja malaysia. Azmil Mustapha juga telah menghina perlembagaan dalam satu sesi ceramah di dalam salah satu masjid di selangor. Berikut di bawah ialah antara kandungan ucapan yang dipercayai disebut oleh azmil mustapha sehingga mendorong kepada satu laporan polis terhadapnya.

Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam.
· Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.
· Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.
· Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.
· Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.
· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.
· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
· Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.
Namun, azmil mustapha menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan tersebut.
Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik. Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini
Incoming search terms:
- azmil mustapha meninggal dunia (194)
- azmil mustafa meninggal (69)
Teruskan Membaca: