Kepada calon-calon bakal guru yang telah mendapat panggilan temuduga perguruan (KPLSPM/KPLI), anda tentu ingin tahu bagaimana nak menjawab ujian INSAK dan contoh soalan ujian insak?
Komponen Temuduga
Komponen temuduga merangkumi:
- Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
- Sesi Temuduga
- Menulis sebuah esei dalam Bahasa Inggeris (hanya bagi calon yang memohon kursus B. Ed TESL)
INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
Calon guru mesti mempunyai ciri-ciri sahsiah yang positif dan yang terpuji untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. Ujian komponen INSAK ini merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan.
Komponen ujian INSAK ini mengandungi gagasan soalan berhubung amanah, taat setia, ikhlas, dedikasi, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif, inovatif dan kawalan emosi.
Format Soalan Komponen INSAK
- Jumlah soalan: 100
- Masa: 30 minit
- Bentuk soalan: Soalan objektif dengan 2 pilihan
Persiapan Temuduga
- Sediakan fail sijil dan disusun mengikut keutamaan dengan didahului oleh surat tawaran temuduga, disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu disusun sebagai contoh peringkat kebangsaan dahulu, peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah.
- Mengisi borang yang memerlukan sebuah karangan untuk menyatakan sebab mengapa anda berminat dalam bidang kerjaya perguruan ini. Sediakan karangan yang sebaik mungkin dan selain menyatakan kenapa anda minat, sebut juga perkara-perkara yang menpengaruhi minat anda dalam bidang ini.
- Berpakaian yang kemas dan bercirikan seorang guru. Lebih baik jika memakai baju kemeja lengan panjang dengan bertali leher, tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Bagi perempuan pula, cuba berbaju kurung, bertudung atau berpakaian sopan dan kasut bertutup. Pastikan pakaian anda bergosok.
- Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Ujian INSAK, Temuduga IndividuĀ dan Temuduga Berkumpulan.
- BagiĀ ujian INSAK, anda perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan kerjaya perguruan ini. Berikan jawapan yang terbaik dan bersesuaian tetapi jangan mengambil masa terlalu lama pada satu-satu soalan untuk mengelakkan kesuntukan masa dan gagal menjawab semua soalan.
- Bagi sesi individu. Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang kerjaya keguruan ini. Penemuduga juga akan bertanya mengenai aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Jawablah dengan tenang dan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Mereka yang mengambilh pengkhususan Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris dan perlu menjawabnya dalam Bahasa Inggeris juga.
- Bagi sesi berkumpulan. Seramai 6 orang atau kurang akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi satu topik dan diiberi masa selama 1 minit untuk membuat persediaan. Seterusnya anda perlu mengutarakan hujah anda, kemukakan dengan yakin. Anda boleh mengemukakan hujah yang positif atau negatif kerana apa yang penting penemuramah hanya ingin melihat cara anda berkomunikasi.
- Jika anda mempunyai maklumat akan memudahkan anda berhujah dan menjawab pertanyaan dengan yakin. Oleh itu buat sedikit persiapan dengan membaca mengenai isu-isu semasa dan perkara yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.
Untuk melihat sendiri contoh soalan ujian INSAK, klik disini untuk memuat turun contoh soalan ujian INSAK. Semoga berjaya kami ucapkan kepada anda.
Tags: ujian insak, contoh soalan ujian insak kplspm, contoh soalau ujian insak kpli, tips temuduga kplspm, tips temuduga perguruan, tips temuduga kpli, tips temuduga dan menjawab soalain ujian insak, cara jawan ujian insak, muat turun ujian insak, download soalan ujian insak, free download contoh ujian insak, teknik ujian insak, apakah ujian insak, kplspm 2011, kplspm 2012


salam admin…
sy suke singgah kat blog admin coz bnyk sgt ilmu n perkongsian yg bermanfaat…thank sgt2…
nk tanya tips utk temuduga tak de ke??..sy kene sbjek bhse arab…jd kene cakap fully in arabic ke time intrview nnti??…tkut je ngn sbjek yg kpm tentukan ni….sy ni slalu gugup smcm bile time2 intrview ni…huhu
~sharing is loving~
tahniah syeikh…gudluk interview ye.
salam..nice la blog nie..
um,nk tnya jgk..sy dpt tmuduga yg bi utk kplspm..
so,ble intrview mmg fully bi ker nti?
satu lg,penyataan hasrat tuh kena wat dlm bi ker..? (^^)
nk tnye..pnyataan hasrat tu mcm mana ya?
tulis jak apa yg patut………
kene taip sndiri ke prnyataan hasrat tu??tlg aq..aq ta paam ni..
sy pn dpt bi,, sy tulis tgn, dlm bm je,
pnyataan hasrat tu yang sy fhm, knapa nk sangat jd cikgu, tulis laa impian awk n hasrat awk yang awk nk laksanakan kalo nt terpilih jd cikgu..
tahnih untk sumer yg tpilih tmuduge…sy pun x tdedah sgt tntg maktab ni…so tlog la ap2 yg ptut yep…sy dpt b.arb..so ad pape pntig k yg sy ptut taw..??
saye pun dapat bi, so kena fully in bi la ?
sy dapat pndidikan khas…ad papew tips temuduga x?
salam nurulsheikh..sme la kte dpt b.arb..n all….admin blog ni x jwb pun soalan2 kte..k sy nak kongsikan sedikit info2 yg sy dpt dr pengalaman2 org…sdikit sbnyk dpt mmbantu kte smua,,sy brkongsi ni supaya kte semua saling mndoakan bjya nntinya..
3 sesi :
1) grouping disscussion…pastikan anda yg paling menonjol….n pastikan anda yg memulakan hujah @ pendpt..
2) insak….(exam logik akal)…
3) individu…kebanyakan soalan2 provokasi je…jwb dgn penuh yakin,,,kalau tak tahu,,,,JANGAN SSEKALI CKP TIDAK TAHU…sbaik nye jgn ckp mcm ni…cube jwb dgn pnuh yakin wlaupun kurg tepat..jgn bckp tngok bwh,tngok kasut,,prmpuan lak asyik2 settlekan tudung,,kaki n tgn tergoyang2,,,elakkan habit itu k,,,tkut mrkah dptong..cube lah senyum n ambil hati penemuduga tu,,,,n surat penyataan hasrat tu jawab dlm bm standard…n setiap apa yg anda tulis dlm surat penyataan hasrat tu,,akan dtanya time temuduga bertubi2 oleh penemduga ni…hope2 ape yg sy share ni dpt mmbantu kte semua utk mnghadapi temuduga nnti….doakan sy jgak ye supaya bjaya time interview nnti…
dalam penyataan hasrat tu nak tulis apa ye?
tolonglh jwb!!!!!dalam penyataan hasrat tu nak tulis apa ye!!!!!!?????
hasrat awk laa..knapa nk nat jd ckgu,, kalo awk terpilih, apa yang awk nk buat untk ank bangsa
Time interview nanti adakah penemuduga akan menanyakn bnyk soalan berkaitan pendidikan?
Esok dah nk interview…
Agaknye org yg ni nk bantu ke…
isu berkaitan pendidikan dan mengenai berkaitan kursus yang dipilih
sape yg da leps temuduga 2,share2 la mklumat sikit sal soalan yg dowg tnye kt kowg..
tlong laa
cemane na temuduga
first time nie
share with me please..!!!!!
syukran kasira coz sudi share maklumat…sesape yg interview b.arab plez share wif me…sy interview 26hb..nk tnyer ..masa pngenalan diri nnti in arabic k??
saya dapat chemistry.. so, dia tanya ke lagi pasal group 17 zinc oxide, aspartame… huh
lailee awk dpt chemistry?? sy pon smer…. bile temuduga?? hummmm.. rasenyer dier akn tny seba sdkit pasal chemistry kowt
um kao sy dulu, xde pn dia tny pasal subjek chemistry ni, sbb penemuduga bkn ckg kimia pn,, yg pasti dia akan tnya, ap yang awk blh bt untuk mgbangkan lg bidang kimia kt ngaa kta, pastu dia tnya, ckg kimia ni besenya duk kat lab je, ap yg awk blh bt masa duk kt lab tu..pastu kalo kt pedalaman ,lab besenya x lengkap jd awk nk bt apa spya ank2 urid fhm experment jgk teori..
sekadr perkongsian;)
*negara*
*anak2 murid*
pening ny… pelik2 je.. susah nak paham nk dpt kn mklmt …ei
trime ksh sheikh!
macam mana dengan isu pendidikan yang ditanya?adakah isu tersebut berkaitan tentang apayang ada kat newspaper ??isu pendidikan tentang apa tu??tolng jelas kan..okk???
plese la jawab
waiting 4 30/04/2012 :p
minggu depan dh nak interview lerr…sye kne Sejarah…nnti die soal ape ek?…siyus nie..interview pertama..gubra lerr… jgn ler soal pasal pertubuhan malaysia tingkatan 5 bab akhir2 2 n so on…
*Matylerrrrrrr
Sye pon kena bhagian sejarah jgk…:)
samo eden..
tenson!
rse mcm x nak poi..
nak tnggu u jo..
oh my…
saya dpt PJK,apa kemungkinan soalan yg ditanya?
Saya dapat sejarah jugak. Saya patut stdy apa ye untuk temuduga nnti ??
saya dapat kos prasekolah…kalau nak tulis pernyataan hasrat2 kena tulis kat exam sheet ke???please admin?
saye dpt course b.arab gak..ni pun firsttime nk interview..x tau nk bce pe..
Thank you admin for the tips…